Kaki Online kaki Online: Gagal Bercinta Lagi dan Cara Penyelesaian

jom terjah entry minggu Ini

Thursday 19 April 2012

Gagal Bercinta Lagi dan Cara Penyelesaian



Lazimnya pasti ramai di antara anda pernah mengalami detik-detik dalam kegagalan bercinta lebih-lebih lagi di kalangan wanita yang sering menjadi mangsa tipu daya lelaki. Mungkin disebabkan kurang persefahaman dan gangguan orang-orang luar.
Di ZonWanita, kami ada sediakan tips ringkas untuk anda khas bagi mereka yang gagal bercinta dan ingin memulakan hidup baru. Semoga tips ini dapat membantu anda untuk bercinta semula dan mendapat jejaka pilihan hati yang dijadikan khas untuk anda.

Jauhkan Diri Dari Tempat Kenangan

Jika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah tentu banyak kenangan yang tercoret di antara anda berdua. Elakkan lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara anda dengan si dia.
Sedikit sebanyak mampu meredakan tekanan serta melupakan kisah cinta tidak kesampaian di antara anda dangan si dia. Jika anda masih tidak mampu, apa kata anda berpindah dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai dengan jiwa anda yang kekosongan.

Cari Pengganti

Jangan terlalu lama meratapi kehilangan insan tersayang. Bangkit daripada kekecewaan yang dialami dan cari pengganti yang jauh lebih elok daripada kekasih lama.
Jangan sesekali cepat berputus asa kerana kita tidak tahu siapakah lelaki yang betul-betul dijadikan untuk kita. Percayalah peluang untuk anda mengubat kedukaan terbuka luas asalkan anda bijak mencari peluang. Tepuk dada tanya selera.

Berfikiran Positif

Apabila si dia menolak cinta anda, pasti ada sesuatu yang tidak kena yang wujud di dalam diri anda. Adakalanya anda tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri.
Jadikan kekecewaan yang dialami sebagai medan untuk anda muhasabah atau menilai diri sendiri. Mana yang kurang elok segera dibuangkan supaya tragedi yang sama tidak akan berulang apabila anda menemui pengganti.

Berserah Kepada Allah S.W.T

Jalan yang paling terbaik untuk merawati kedukaan dan kekecewaan anda disebabkan gagal bercinta adalah berserah kepada yang maha esa kerana hanya padanya sahaja yang boleh menjadikan jiwa anda tenang dan tidak digelimpangi dengan keresahan.
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Berbanyakkan beribadat dan berdoa padanya pasti anda akan menemui jejaka pilihan hati yang soleh dan baik.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

5 comments:

  1. bunga bukan sekuntum.. kumbang pun bukan seekor..
    mungkin Allah nk pertemukan kite dgan orang yg lebih baik dri yg lama...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum :)
    ida stuju dengan eyda kidot ^__^

    ReplyDelete
  3. jangan risau, takdir ALLAH s.w.t tu sentiasa dengan kita. kalau dia jodoh kita, walaupun kta tak kenal pun dia, walau kita terpisah oleh masa sekalipun... kalau kita terikat, kita mesti bersama punye....

    ReplyDelete
  4. aku stuju cari pengganti.klau tak mesti asyik teringat

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Mohd Syawal