Kaki Online kaki Online: 07/01/2012 - 08/01/2012

jom terjah entry minggu Ini

Tuesday 24 July 2012

Yakin dan Percayalah



Menangis dan bersedih bknlah bererti kita hilang harapan.....
jauh skali utk menjadikan kita rasa putus asa dgn Rahmat Allah....
Sesekali menangis..hati kita akn bangkit sedar bahawa kekecewaan bukan penghalang kebahgiaaan.
Sesekali menangis... jiwa kita di didik dgn indahnya Sabar dan Redha...

Sesekali menangis....percayalah..bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu..retaknya hatimu..tapi mungkin itulah yg Dia mahukan...kerana Dia tahu hati yg sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya.

Setelah kita jatuh dan terluka...bangkitlah semula melangkah..
Namun apabila kita jatuh tersungkur dan sukar utk bangun...percayalah Sinar dan Harapan tetap ada...

KasihNya sentiasa dekat,cuma kita yg selalu alpa dan lalai...
Ketahuilah...bahwa Allah tidak menciptakan sesuatu bencana dan ujian itu dgn sia2...
Pasti ada hikmah di sebalik apa yg menimpa...

Yakin dan Percayalah..♥ :')



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 23 July 2012

Berubah Kerana Allah



ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

♥ Seandainya ada KAMERA yang mengawasi kita 24 jam dan mempertontonkan HASIL rakamannya di hadapan semua umat manusia, kita pasti akan berhati-hati dan menjauhi DOSA..

♥ Berita BURUKnya, KAMERA itu memang ada, bahkan lebih CANGGIH lagi, Allah Maha Melihat, dan hasilnya nanti memang akan dipertontonkan pada hari PENGADILAN..

♥ Berita BAIKnya, masih ada waktu untuk berTAUBAT ! menghapus rakaman LAMA, memulakan rakaman BARU..♥



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 18 July 2012

Gambar Irma & Suami di Australia




Di sini Mynewshub.my paparkan beberapa keping gambar pelakon wanita manis, Irma Hasmi dan suaminya, Redza Shah yang sedang bercuti bulan madu di negara Australia.
Sangat cantik dan ia menampakkan mereka berdua sangat gembira becuti di sana selepas mereka selamat diijab kabul sebagai suami isteri yang sah.
Percutiaan Irma dan Redza ke Gold Coast Australia telah ditaja sepenuhnya oleh butik D’Haja dan diuruskan oleh syarikat Myzarra Travel.
Semoga, kegembiraan dan kebahagian yang terpancar di wajah pasangan suami isteri itu didoakan kekal hingga ke akhir hayat. Amin.



sumber Mynewshub.my



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 16 July 2012

Justin Bieber memiliki Persona



SAYA bertuah kerana mempunyai peminat yang begitu menyokong kerjaya seni dan tidak sekali berundur untuk memberikan jeritan setiap kali saya muncul. Itulah rahsia saya kekal bersemangat dan terus bertenaga untuk memberikan yang terbaik.
“Inilah pengalaman paling indah terutamanya kembali ke Malaysia untuk bertemu peminat di sini yang sememangnya penuh tenaga. Saya sayang peminat di Malaysia,” kata bintang muda terkenal, Justin Bieber ketika bertemu Harian Metro secara eksklusif petang Sabtu lalu.


  • HEBAT...aksi menarik Bieber yang dijulang penari ketika persembahan.
  • Foto
  • Foto
  • Foto
  • Foto
  • FotoFANATIK...antara peminat bertuah yang berpeluang menyaksikan persembahan Bieber.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Baby dan Boyfriend itu hadir ke Malaysia selama dua hari bagi memeriahkan lagi sambutan MTV World Stage 2012 di Sunway Surf Beach.

Kali kedua berada di Kuala Lumpur, fenomena Justin Bieber masih sama malah makin luar biasa apabila lebih lima belas ribu peminat berhimpun menyaksikan persembahannya.


Tidak hanya itu, kehadirannya kali ini lebih mengundang fanatik dikalangan peminat apabila bintang terkenal berusia 18 tahun itu berada di ibu kota sehari lebih awal memberi lebih masa buatnya bersiar-siar dan berhibur di sekitar Kuala Lumpur.

Meskipun masih membawa teman wanitanya juga penyanyi jelita, Salena Gomez, peminat bagai histeria sebaik mengetahui Bieber sudah tiba di Malaysia.

Menerusi twitter milik Bieber juga penganjur, MTV Malaysia, peminat tidak henti bertanya di mana lokasi bintang kegemaran mereka itu.

Menurut bintang kacak ini lagi, peminat di Malaysia jauh berbeza berbanding dari yang lain kerana mereka lebih gemar menjerit tanpa henti.

“Saya memang akan melayan peminat di twitter jika ada kelapangan sentiasa berkongsi apa-apa saja bersama mereka kerana itu adalah medium terbaik untuk mendekatkan diri dengan peminat. Pesanan yang saya terima dari mereka di twitter cukup membina dan memberi motivasi serta inspirasi.

“Malaysia umpamanya antara negara yang banyak menyokong kerjaya saya. Lantas saya sudah mengaturkan beberapa aktiviti yang akan membolehkan mereka untuk mendekati saya. Antaranya sesi bertemu peminat yang saya lakukan di majlis sidang media dan menghiburkan mereka dalam sebuah persembahan akustik yang istimewa.

“Kelakarnya mengenai peminat di sini, mereka akan menjerit walaupun ketika saya menyanyi. Tapi itulah kemeriahan yang ada dan saya sebagai penyanyi sentiasa menghargainya,” katanya yang diiktiraf sebagai artis yang paling bijak menggunakan medium laman sosial di Anugerah Billboard 2012 baru-baru ini.

Bieber sempat melayan peminat setianya di majlis sidang media pada petang Sabtu lalu dan berpeluang mendendangkan enam lagu secara akustik.

Malah, lebih menariknya, Bieber membuka ruang kepada peminat untuk bertanyakan soalan.

MTV World Stage 2012 pula, Bieber diletakkan sebagai pembuka tirai. Mula menggegarkan pentas seawal jam 6.35 petang dengan lagu yang memperkenalkan namanya, Baby dan kemudiannya Around The World, Bieber jelas mengubat kerinduan peminat.

Single baru dari album Believe berjudul As Long As You Love Me dinyanyikan sebelum konsep persembahannya ditukar kepada akustik. Hanya diiringi petikan gitar, Bieber menonjolkan permainan vokal menerusi lagu Die In My Arm, Be Alright dan One Time.

Bieber yang lincah menari dan begitu bertenaga sempat menyanyikan lagu Never Say Never sebelum mengakhiri persembahannya dengan lagu terbarunya, Boyfriend.

Hakikatnya, bintang muda terkenal ini tidak hanya bersandar pada wajah dan populariti sebaliknya dia punya kekuatan vokal yang mampu dibanggakan selain pesona yang cukup besar sebagai seorang anak seni.



Fenomena Bieber

  • Albumnya terjual lebih 15 juta unit termasuk tujuh juta daripadanya di luar Amerika Syarikat.
  • Album terbarunya, Believe berjaya tercatat nombor satu di lebih 30 buah negara.
  • Ruangan sosial twitter miliknya mempunyai lebih 24 juta pengikut sekali gus meletakkannya artis lelaki paling ramai jumlah pengikut di twitter.
  • Seramai lebih 42 juta peminat menjadi sahabatnya di ruangan peribadi facebook miliknya.
  • Tersenarai sebagai artis yang paling ramai videonya dilayari di You Tube iaitu melebihi 2.7 bilion termasuk single pertamanya, Baby yang ditonton melebihi 730 juta pelayar.
  • Video lagu terbarunya, Boyfriend memecah rekod apabila ditonton lebih lapan juta pada hari pertamanya dan kini sudah melebihi 50 juta pelayar.
  • Bieber disenaraikan artis paling berjaya apabila tiket kesemua 118 lokasi konsertnya seluruh dunia habis dijual.
  • Hampir separuh daripada penonton di MTV World Stage malam Sabtu lalu datang untuk menyaksikan Bieber hingga hampir kesemua mereka turut pulang sebaik Bieber tamat mengadakan persembahan.

  • Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

     
    Copyright © . All Right Reserved by Mohd Syawal