Kaki Online kaki Online: 04/01/2012 - 05/01/2012

jom terjah entry minggu Ini

Monday 30 April 2012

cerita lawak hehe


Isteri : Apa Yang Abg Fikirkan Tentang Saya Ek?
Suami : Awak ABCDEFGHIJK
Isteri : Apa Dia Tu??
Suami : Adorable, Beautiful, Cute, Delightful,
Elegant, Foxy, Gorgeous & Hot..
Isteri : IJK?
Suami : I'm Just Kidding. Hahaha
Isteri : Abang ni kan. His LMN .
Suami : LMN? Eh Apa Tuh??
Isteri : Lempang Muka Nak?
Suami : HAHAHA XNAK!!!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 29 April 2012

tak perlu relationship


Ini baru betul-betul. Tak perlu " In the relationship dalam facebook" yang boleh timbulkan fitnah.

Berapa banyak like yang boleh dapat untuk gmbar ni? ^_^



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 28 April 2012

Sekadar Perkongsian


Tadi ada sahabat ana,ungkit tentang perasaan cinta, sekadar tema perbualan ana. Bila sudah hampir ke akhir perbualan itu,

Ana :Anti,boleh ana bertanya?
Ukhty: Silakan ya anti.
Ana: Adakah anti sudah mempunyai perasaan pada seseorang?
Ukhty: Kalau ana kata ya bagaimana?
Ana: Jadi bagaimana anti hendak tanganinya?Dikhuatiri benda tak elok terjadi.
Ukhty:Hanya pendamkan,pasrah dan serah padaNYA
Ana: Itu saja?
Ukhty: (tersenyum) Sekiranya ana benar-benar mencintainya, ana rela lepaskan dia,kerna dia bukan milik ana dari awal lagi,tetapi milik Allah. Kalau Allah mahu tetapkan di luh mahfuz ana jodohnya,ana terima,tetapi kalau tidak,lebih baik ana pendam perasaan ana ini dan berdoa agar dia jumpa kebahagiaannya,kerna ana perlu terima,akanada yang lebih baik untuk dia dari ana untuk membawanya ke syurga illahi.

Tatkala itu air matanya menitis.Begitu mendalam perasaannya,tetapi begitu kuat lagi keinginannya untuk melihat yang dicintai itu meraih kebahagiaan dunya akhirat.Adakah kita mampu jua begitu?Rela korbankan perasaan kita untuk kebahagiaannya,atau seadar mengikutinya supaya kita tidak takut hilang dia dari genggaman kita?

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 26 April 2012

Lelaki & Perempuan ♥



Perempuan : "Aku selalu dipeluk Lelaki lain".
Lelaki : "Dan aku adalah Lelaki yang akan memelukmu dengan kasih sayang".

Perempuan : "You are not my FIRST kiss".
Lelaki : "And You are my First Kiss".

Perempuan : "Ramai Lelaki pernah menyentuh tubuhku".
Lelaki itu dengan sabarnya mengatakan: "Yang ingin aku sentuh adalah hatimu".

Perempuan : "Pernah ada Lelaki yang menganggapku sebagai pelacur".
Lelaki itu menatapnya : "Dan aku menganggapmu begitu baik, suci tak dinodai".

Perempuan itu menangis sambil tersenyum dan berkata: "Aku tak sesuai untuk dicintai oleh Mu !! Aku tak cantik !!".

Lelaki itu menatap matanya dalam², sambil tersenyum dan
berkata: "Aku bukan Lelaki yang mencintai kecantikkan mu, tapi yang aku cintai adalah hatimu, sepenuhnya kerana Allah..'' ;)
 — 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 25 April 2012

cerita lawak


Daud sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : “Daud…”

Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…

Daud : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?

Daud : “Yes .. sir … “

Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “

Daud : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in malaysia!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 24 April 2012

Siapa tak ingin buat Dosa?






Satu ketika, seorang alim pernah ditanya. “Apakah tuan tidak teringin untuk melakukan dosa?”
“Siapa yang tidak teringin berbuat dosa? Boleh bermalas-malas ketika waktu solat sudah tiba, boleh berseronok dengan perempuan yang bukan hak milik kita, boleh makan tak kira halal haramnya asalkan sedap menjamu selera. Semua itu menyeronokkan, “jawap orang alim itu.
“Kalau begitu, mengapa tuan menahan diri daripada semua keseronokan tersebut?.
“Perumpamaannya beginilah.. Wahai anak muda... Saya pergi ke sebuat restoran ternama, terkenal dan sedap semua masakannya. Nafsu saya meronta-ronta hendak makan semua makanan di situ. Ada ikan besar, udang besar, sotong besar, kambing panggang besar dan banyak lagi semuanya besar. Tapi malangnya saya tak mampu nak bayar.”


“Maksudnya?”
“Maksudnya, atas dunia ni kalau nak, saya boleh saja buat seberapa banyak dosa sesuka hati kita. Saya boleh saja berseronok setiap masa selagi dunia belum kiamat. Tapi saya bimbang dan takut kelak nanti saya tak mampu nak bayar harga semua dosa itu di akhirat nanti. Dengan apa saya nak bayar jika tak ada amalan atau terlalu sedikit amalan berbanding dosa yang saya lakukan?”
Maka fahamlah lelaki itu yang bertanya pada orang alim tersebut. Seboleh-bolehnya, sesiapa pun mahu hidup berseronok di atas dunia. Tetapi tiada siapa pun yang mampu untuk membayar segunung dosa-dosanya, ketika hidupnya bergelumang noda dan dosa di atas dunia yang hanya sementara.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 23 April 2012

Kisah sepotong roti penebus DOSA


Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti."

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan.

Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.

Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.


Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

Rupanya di sebelah pondok tersebut hidup seorang pendita yang pada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti.

Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membahagi-bahagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: "Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku."

Orang yang membahagikan roti itu menjawab: "Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti."

Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam.

Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam.

Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

Kepada anaknya Abu Musa berkata: "Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!"

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 22 April 2012

Takdir Cinta




boy : awk...maafkan sy..
girl : ye....kenapa awk minta maaf?
boy: sbb sy dah tinggalkan awk..sy dah sakitkan hati awk...sy korbankan cinta awk
demi cinta org yg lukakan hati sy dulu...maafkan sy...please...
girl : :)
boy : kenapa awk senyum...kenapa diam je... awk maafkan sy?
girl : yeee...sy maafkan awk...
boy: betul?
girl : betul...dh lama dh sy maafkan awk...tapi...
boy : tapi ape?
girl : tapi....tidak mungkin sy menerima awk lagi...sebab semalam awk tinggalkan
sy tanpa kasihan..tanpa mempedulikan sy...tanpa menghargai hati sy...demi
org yg awk cintai... dulu...sy pernah ubati luka awk...sy rawat awk...sy beri
cinta dan kasih syg sy unt awk...sampailah awk sembuh..lepas tu...awk dah
kembali ceria...tapi "virus" itu dtg lagi......awk buang ubat awk...awk rela
diserang virus tu lg...sekarang....awk sakit lg.....dan hari ni awk mula
memerlukan ubat itu...awk igt x...awk dh buang ubat tu...dan x mungkin awk
akn mjumpai ubat y same...carilah ubat lain...kerana x mustahil jika awk
sembuh lg dengan ubat y same...awk akan buang lg ubat tu... ;')
boy: awk....
girl : itulah namanya...TAKDIR CINTA... assalamualaikum.... :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 21 April 2012

10 tanda anda suka seseorang






Sepuluh - Rasa malu bila bercakap dgn dia.

Sembilan - Anda perasan anda tersenyum bila bercakap dengannya.

Lapan - Kalau terlihat dia , tak nmpk orang lain.

Enam - Sentiasa teringat dia .

Lima - Happy bila bercakap dengannya.
Empat -Akan cuba sedaya upaya untuk berhubung dengannya .

Tiga -Apabila terbaca post ini, anda teringatkan dia.

Dua - Anda tengah senyum sorang2 sekarang..

Satu - Sedang asyik memikirkannya sampai tak perasan nombor tujuh tak ada dalam senarai.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 20 April 2012

♥ Dialog Orang Tengah Bercouple ♥


Dating Yang Pertama:

Farid: Awak... Lawanya awak pakai baju merah. Macam bunga roslah muka awak nie...
Fatin: Ish, mana ada... Hehe...
Farid: Betul ke apa... Awaklah menyeri hidup saya...
Fatin: Awak pun sama. Saya xboleh hidup tanpa awak...

Dating Yang Kedua:

Farid: Awak... Jom kita date kat tempat sunyi2 sikit. Privasi sikit...
Fatin: Erm, awak... Awak x takut ke mummy and daddy saya nampak kita berdua-duaan kat sini?
Farid: Bukan mereka nampak pun... Lagipun mereka kat tempat kerja kan?
Fatin: Oh. Betul juga kan...

Dating Yang Ketiga:

Fatin: Awak... bila awak nak kahwin dengan saya?
Farid: Ala, kita kenal2 lah dulu. Barulah kahwin. Lagipun, kita nie muda lagi kan...
Fatin: Yerlah... Saya takut awak cari lainlah...
Farid: Awak tue cantik macam bulan. Takkan saya nak tinggalkan awak... Saya janji saya akan setia kat awak sampai mati...

Dating Yang Keempat:

Fatin: Awak... janganlah pegang tangan saya...
Farid: Ala, takkan xboleh ke?
Fatin: Mana Boleh. Hurm... Nanti kawan mak saya nampak, susahlah.
Farid: Awak nie kolot... Takkan nak pegang tangan pun nak bising... Ish, mana ada orang nak nampak...
Fatin: Sampai hati awak cakap macam tue...
Farid: Ala, bucuk2... Janganlah merajuk ye...
Fatin: Hurm... Saya nak balik dululah...
Farid: Nak balik? Oklah, Saya hantar awak balik ye...

Selama 1 minggu Fatin x call Farid kerana merajuk dengan sikap Farid. Farid cuba menelefon Fatin tapi x angkat. Pada suatu hari Fatin pergi ke sebuah supermarket berhampiran dengan rumahnya. Tiba2, Fatin nampak Farid tengah berdua-duaan dengan gadis lain...

Fatin: Awak, siapa perempuan itu?
Farid: Kau siapa?
Gadis Yang Lain: Cik ini siapa?
Fatin: Saya girlfriend Farid...
Gadis Yang Lain: Apa???
Farid: Biar saya terangkan... Perempuan itu bukan girlfriend sayalah... saya xkenal dia...
Fatin: Apa? Sampai hati awak cakap macam nie... Awak janji macam2 kat saya... Tapi, awak mungkir janji. Dasar lelaki x guna!
Farid: Hei perempuan. Rimas dan bosan betul dengan perangai kau nie. Mulai saat ini, aku xnak ada apa-apa hubungan dengan kau... Pergi berambus sekarang...

Setelah mendengar kata-kata dari mulut Farid, Fatin terus beredar dari tempat itu dan dia sangat menyesal kerana berkenalan dengan Farid...

Wanita2 di luar sana, ambillah cerita ini sebagai pengajaran...
Janganlah mudah percaya kata2 manis dan janji lelaki...
Dirimu sangat berharga, jadi jagalah dengan sebaik-baiknya...
Lebih baik BERCINTA SELEPAS NIKAH... ♥
Itu Adalah TERBAIK...(^_^♥)...

Cerita Ini Hanya Rekaan Semata-Mata,
Yang Baik Dijadikan Nilai Murni,
Yang Buruk Dijadikan Pengajaran. (✿^_^✿)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 19 April 2012

Gagal Bercinta Lagi dan Cara Penyelesaian



Lazimnya pasti ramai di antara anda pernah mengalami detik-detik dalam kegagalan bercinta lebih-lebih lagi di kalangan wanita yang sering menjadi mangsa tipu daya lelaki. Mungkin disebabkan kurang persefahaman dan gangguan orang-orang luar.
Di ZonWanita, kami ada sediakan tips ringkas untuk anda khas bagi mereka yang gagal bercinta dan ingin memulakan hidup baru. Semoga tips ini dapat membantu anda untuk bercinta semula dan mendapat jejaka pilihan hati yang dijadikan khas untuk anda.

Jauhkan Diri Dari Tempat Kenangan

Jika anda telah lama menjalinkan hubungan cinta dengan seseorang, sudah tentu banyak kenangan yang tercoret di antara anda berdua. Elakkan lokasi-lokasi yang pernah menjadi kenangan cinta di antara anda dengan si dia.
Sedikit sebanyak mampu meredakan tekanan serta melupakan kisah cinta tidak kesampaian di antara anda dangan si dia. Jika anda masih tidak mampu, apa kata anda berpindah dan mencari persekitaran baru yang lebih sesuai dengan jiwa anda yang kekosongan.

Cari Pengganti

Jangan terlalu lama meratapi kehilangan insan tersayang. Bangkit daripada kekecewaan yang dialami dan cari pengganti yang jauh lebih elok daripada kekasih lama.
Jangan sesekali cepat berputus asa kerana kita tidak tahu siapakah lelaki yang betul-betul dijadikan untuk kita. Percayalah peluang untuk anda mengubat kedukaan terbuka luas asalkan anda bijak mencari peluang. Tepuk dada tanya selera.

Berfikiran Positif

Apabila si dia menolak cinta anda, pasti ada sesuatu yang tidak kena yang wujud di dalam diri anda. Adakalanya anda tidak menyedari terdapat banyak sikap negatif di dalam diri sendiri.
Jadikan kekecewaan yang dialami sebagai medan untuk anda muhasabah atau menilai diri sendiri. Mana yang kurang elok segera dibuangkan supaya tragedi yang sama tidak akan berulang apabila anda menemui pengganti.

Berserah Kepada Allah S.W.T

Jalan yang paling terbaik untuk merawati kedukaan dan kekecewaan anda disebabkan gagal bercinta adalah berserah kepada yang maha esa kerana hanya padanya sahaja yang boleh menjadikan jiwa anda tenang dan tidak digelimpangi dengan keresahan.
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Berbanyakkan beribadat dan berdoa padanya pasti anda akan menemui jejaka pilihan hati yang soleh dan baik.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 18 April 2012

-- Abang bagilah balik tangan ita --


klik sini

Sepasang suami isteri, seperti pasangan lain di kota-kota besar, meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.


Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.


Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.


Pulang petang itu, terkejut benar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.


Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi. Sia anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.


Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.


Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.


Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.


Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sedah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar manandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.


"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 17 April 2012

Ciri 2x Org yang Benar-Benar Mencintaimu




1. Seseorang yang mencintai kamu tidak akan bisa memberikan alasan mengapa dia mencintaimu. Dia hanya tahu, dimata dia, kamulah satu satunya.

2. Seseorang yang mencintai kamu, jarang memujimu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik, hanya dia yang tahu.

3. Seseorang yang mencintai kamu, akan marah-marah atau mengeluh jika kamu tidak membalas pesannya atau telp-nya, karena ia peduli dan ia tidak ingin sesuatu terjadi ke kamu.

4. Seseorang yang mencintai kamu, sebenarnya selalu membuatmu marah, gila, jengkel, stress. Tapi ia tidak pernah tahu hal bodoh apa yang sudah ia lakukan, karena semua yang ia lakukan adalah untuk kebaikanmu.

5. Seseorang yang benar benar mencintai kamu hanya menjatuhkan airmatanya dihadapanmu. Ketika kamu mencoba untuk menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, dimana hatinya selalu berdegup, berdenyut, bergetar untuk kamu.

6. Seseorang yang mencintai kamu, akan mengingat setiap kata yg kamu ucapkan, bahkan yang tidak sengaja dan ia akan selalu menggunakan kata Kata itu tepat waktunya.

7. Seseorang yang benar benar mencintaimu, tidak mau berkata Aku mencintaimu dengan mudah, karena segalanya yang ia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahwa ia siap mencintaimu, tetapi hanya ia yg akan mengatakan kata "I LOVE YOU" pada situasi yang spesial, karena ia tidak mau kamu salah mengerti, dia mau kamu mengetahui bahwa ia mencintai dirimu.

8. Seseorang yang mencintai kamu, akan pergi ke Bandara untuk menjemput kamu, dia tidak akan membawa seikat mawar dan memanggilmu dengan panggilan sayang seperti yang kamu harapkan. Tetapi, ia akan membawakan kopermu dan menanyakan : “Mengapa kamu menjadi lebih kurus?” Dengan hatinya yang tulus

9. Seseorang yang mencintai kamu, akan selalu berusaha membuat mu tersenyum dan tertawa walau terkadang caranya membingungkanmu.

10. Seseorang yang mencintaimu, akan rela melepaskanmu pergi bila bersamanya kamu tidak bahagia dan ia akan ikut bahagia walau kamu yang dicintainya bahagia bersama orang lain.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 16 April 2012

--- Iman Dan 20sen ---


Iman & 20sen

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Wallahualam

Sahabatku... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas?

Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam...

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT, AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Semoga Bermanfaat!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 15 April 2012

Nak Tahu Ttg Org Gila


Orang Gila Tidak Sakit
Pernahkah kita terfikir, kenapa orang gila selalu sihat? Tidak pernah kita melihat ada orang gila berguling di tepi jalan sakit batu karang,terhencut-hecut kaki kena gout, minum ubat batuk, memakai koyok atau bahkan sakit gigi sekalipun.
Jawapannya adalah KERANA MEREKA TIDAK PERNAH STRESS !!!
1. Orang gila tidak pernah sakit kerana mereka tidak pernah stress. Mereka tidak pernah berfikir macam-macam. Makanan apa pun mereka makan. Tidak seperti kita. Sudah ada ayam goreng, masih mencari sate kambing. Sudah ada nasi lemak, masih mencari pizza, hotdog, dan lain sebagainya. Sedangkan orang gila tidak pernah minta makanan yang bermacam-macam. Makanan apapun asal namanya makanan tetap mereka makan. Malah nasi basi pun mereka makan, burger 2 hari pun OK lagi bak kata Nabil
Kedua, orang gila itu QANAAH. Mereka rasa bersyukur. Menerima apa pun pemberian Allah kepadanya. Tidak pernah menuntut macam-macam. Tidak seperti kita. Sudah diberi basikal, masih minta motor. Sudah ada motor, masih minta kereta. Sudah ada kereta nak juga jeling MPV atau SUV. Rumah dah cantik, masih saja selalu merasa ada yang kurang. Akhirnya beli ini beli itu, renovate ini renovate itu. Akhirnya hutang sana sini untuk keperluan tersebut. Apabila ketika hutangnya sudah menggunung, jatuh sakitlah dia.
Orang gila itu entah ada pakaian ataupun tidak, mereka santai saja. Kalau mengantuk, ya tidur saja. Mereka tidak perlukan tikar, apalagi katil dan tilam empuk. Ada kan antara kita yang tidak boleh tidur di atas tikar. Kerana sudah terbiasa tidur di springbed. Malah ramai yang tak boleh tidur tanpa air-cond.
Orang gila jarang sakit juga adalah kerana mereka selalu berbahagia. Mereka kan kelihatan selalu tersenyum. Betul kan? Orang yang selalu tersenyum pasti hatinya bahagia dan tenteram. Everething is running well, semuanya berlalu dengan baik-baik saja. Tidak pernah ada masalah. Kalaupun ada masalah, dia menganggap itu sebagai hiburan yang menyenangkan. Sebab tu diaorang sentiasa tersenyum.
Kesimpulannya, kalau korang hendak selalu sihat jadilah “orang gila”.
Maksud saya, hiduplah dengan Qanaah, kawal stress, control keinginan yang hendak bermacam-macam itu dan selalulah tersenyum. Mudah-mudahan korang selalu sihat!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 14 April 2012

-- Hargailah Orang Tersayang --



Hari ini dia ada.......Kita sakitkan dia......Xpelah, dia maafkan..
Hari ini dia ada......Kita buat dia menangis..Xpelah, dia cuba pujuk diri..
Hari ini dia ada......Kita mainkan dia..Xpelah dia anggap kita nak uji dia..
Hari ini dia ada......Kita buat dia sampai jatuh sakit..Xpelah, dia cakap ubat ada...

Besok, bila dia dah tak ada....Kita akan tercari-cari dia.. Tapi tak jumpa..
Besok, bila dia dah tak ada....Kita akan tertunggu-tunggu dia..Tapi sia-sia..
Besok bila dia dah tak ada...Kita menyesal dengan perbuatan kita..Tapi terlambat

Masa itu....Dia mintak maaf sangat-sangat sebab...

Dia dah tak dapat teman kita.
Dia dah tak dapat hiburkan kita.
Dia dah tak dapat nak jaga kita.
Dia dah tak dapat nak usik-usik kita..

Dan kita dah tak dapat nak buat dia sakit hati,menangis,jatuh sakit dan mainkan dia..Dan kita mesti akan menyesal sebab kita dah buat macam-macam dekat dia dan tiba-tiba baru kita sedar, dia itu.......................ORANG YANG KITA CARI-CARI SELAMA INI.................TAPI DIA DAH HILANG UNTUK KITA..

p/s : HARGAILAH ORANG YANG KITA SAYANG SEBELUM KITA KEHILANGANNYA KERANA BILA KITA SUDAH KEHILANGANNYA,KITA HENDAK MENYESAL PUN SUDAH TIDAK BERGUNA LAG

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 13 April 2012

-- 10 Golongan Manusia Yang Di Usir Dari Padang Mahsyar --




1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

Wallahualam

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 12 April 2012

--- Biar Dia Tahu Saya Tak Kisah ---


Biar dia SALAH SANGKA... Biar dia SALAH ANGGAP... Biar dia SALAH MENDUGA... Biar dia TAHU YANG BURUK... Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini...

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN...

Biar dia tahu, biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak...

So, tak kisahlah... Ada jodoh ada lah kan ? I trust HIM more... (^_^) Saya lebih prefered dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna... Biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu, tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha baik. I'm glad to be me even it's hard to be me (^_^)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 11 April 2012

:: Jodoh Usah Mencari Yg Terlalu Sempurna ::




Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL..;)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 10 April 2012

--- Renungan Bersama ---




Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana. – Edisi kini

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 9 April 2012

Kasarnya tangan Ibu .....



Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuanmempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."


Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 8 April 2012

Berpakaian Tapi Telanjang?



Berpakaian tetapi telanjang                                              
Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuannya, Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua.
 Hadis daripada abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggeng-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya.
Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971). Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421).    

Kakak memakai baju adik 8 tahunPerbincangan kita kali ini akan tertumpu kepada golongan kedua yang disebut dalam hadis di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang? Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa ada beberapa makna.
Antaranya ialah perempuan itu menutup sebagaian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau ia memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.Didalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan.
 Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutup rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian ketat.Wahai kaum hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w. tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya.Baginda juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang yang melihatnya terpesona dan tergoda.
Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri mereka dan menarik perhatian para pelanggan.Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah ‘mumilat’ yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini adalah isim fa’il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.                                      
Kesan Negatif1. Menyusahkan para isteriGolongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.                                
2. Gangguan seksual terhadap golongan lelakiIni adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadis tersebut menyatakan: ”Sehingga senget orang lelaki yang melihatnya,” iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.                                
3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahayaSenario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Salah satu faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insan-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sebagai mangsa.                                      
4. Tidak menghidu bau syurgaGolongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.                                                 
Sukar untuk BerubahRamai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri.
Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari.                                          
Artikel oleh Ustaz Syed Nurhisham - Solusi

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 7 April 2012

Fakta @ Auta


Fakta @ Auta

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya
dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah
mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku……hahahaha

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 6 April 2012

Membalas Kebencian Dengan Kasih Sayang




klik gambar

Membalas kebencian dengan kasih sayang membutuhkan kekuatan dan keikhlasan yang begitu besar karena mampu melewati semua luka dan derita sehingga bisa menjaga dan mempertahankan rumah tangganya, anak-anaknya dan suami untuk meraih keridhaan Allah. Itulah perjalanan seorang ibu, dalam penuturannya berawal dari sebuah kesuksesan yang diraih suaminya membuat hidup keluarga menjadi lebih baik. Anak-anak yang ke sekolah jalan kaki menjadi diantar pakai mobil. Rumah yang dulu panas kemudian ada pendingin. Kebutuhan hidup yang serba sulit menjadi tercukupi bahkan melimpah. 'Hidup kami bahagia..'tutur beliau. Dipuncak kariernya sang suami terlihat lebih sayang kepada keluarga. Sampai kemudian dikejutkan oleh kenyataan pahit datang tanpa disadarinya. Suaminya meninggalkan rumah dan mengaku telah lama menikah dengan perempuan lain. Hatinya hancur karena harus banting tulang untuk menghidupi anak-anaknya. 'Hanya pada Allahlah saya memohon dan berserah diri..' ungkap beliau. Sampai batas titik nadir Allah Subhanahu wa Ta'ala menguji dirinya. Dalam kondisi dengan hati terluka itulah beliau datang ke Rumah Amalia untuk bershodaqoh dengan harapan mendapatkan keberkahan dari Allah sehingga membuka pintu hati suaminya.

Beberapa hari kemudian. Tiba-tiba suaminya datang kembali ke rumah bersama anak kecil dari istri mudanya. Suaminya bercerita bahwa istri mudanya telah meninggal dunia, usahanya mengalami kebangkrutan dan menjadi pengangguran. Dipeluk suaminya dengan tertumpah semua air matanya. Didekap erat tubuh suaminya, dia bersedih sekaligus gembira karena suaminya telah kembali. Air matanya tak terbendung. Seolah penderitaan yang dialami selama ini tak sebanding dengan penderitaan yang dialami oleh sang suami. "Rumah menjadi ramai karena anggota keluarga bertambah," kata beliau. 'Saya mengajarkan kepada anak-anak memaafkan, bukan melupakan tetapi membalas keburukan dengan kebaikan, membalas kebencian dengan kasih sayang karena begitulah Rasulullah mengajarkan kita, sampai akhirnya anak-anak saya menerima dengan baik' tutur sang Ibu terlihat wajahnya yang telah termakan usia. Setiap hari suaminya pergi mencari nafkah, berangkat pagi sampai pulang malam. Pada suatu hari suaminya sakit terkena bronchitis dan muntah darah. Sebulan ia merawat suaminya. Dielus dan dibelai rambut sang suami yang telah memutih dengan senyuman seorang istri membuatnya sembuh kembali.

"Saya membenci, marah dan kesal. Kasih Sayang Allah menyentuh hati saya agar saya bisa memaafkan, mengasihi dan menyayangi kepada orang-orang yang telah menyakiti hati saya bahkan tiada kenal lelah saya berdoa memohon kepada Allah agar saya dan anak-anak diberi kekuatan untuk bisa bersabar melewati ujian dan cobaan ini. Allah mengabulkan doa saya dan keluarga kami menjadi penuh kebahagaiaan." Ucap beliau dengan air mata yang bercucuran. Subhnallah.. - Barangsiapa bertaawakal kepada Allah niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.- (QS Ath-Thalaq 4).

---
Sahabatku, aminkan doa ini agar kita menjadi pemaaf & mampu menbalas kebencian dg kasih sayang "Ya Allah, jadikanlah kami pemaaf, yg mampu membalas keburukan dg kebaikan, membalas kebencian dg Kasih sayang agar kami bisa meneladani Rasulullah Muhammad Shalallahu Alaihi Wa Salam. Ya Allah kabulkanlah doa kami"

Wassalam,
Muhamad Agus Syafii
(Dipetik dari laman Mukjizat dan Doa)

http://my.churpchurp.com/waldaxskema94/share/Agent77

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 5 April 2012

-- Sikap Rasulullah Utk Kita Contohi --


klik gambar 

kerana dia adalah orang yang kita sayang dan dalam berjuta-juta orang dalam dunia ini dia lah yang Allah S.W.T temukan dengan kita. Jadi bersyukurlah kerana hati dia masih milik kita.
SIKAP RASULULLAH SEHARI-HARI UNTUK KITA CONTOHI DALAM BERUMAH TANGGA.

Kalau pakaiannya ada yang koyak, Rasulullah segera menampalnya sendiri tanpa harus menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambingnya sendiri untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


Beliau juga sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah mengherdik,"Mengapa engkau pukul isterimu?" Sahabat itu dengan gementar menjawab, isteri saya sangat keras kepala. Ia sudah diberi nasihat dengan lidah tetapi tetap tidak berubah, jadi saya pukul dia.

"Aku tidak menanyakan alasanmu, sahut Nabi. "Aku hanya bertanya mengapa kau pukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Jika Nabi pulang kerumahnya dan tiada makanan yang sudah siap untuk dimakan, tetapi masih mentah belum dimasak...sambil tersenyum Nabi segera menyinsingkan lengan bajunya ikut membantu isterinya di dapur.

Aisyah menceritakan: ''Kalau Nabi sedang berada dirumah,baginda selalu membantu urusan rumahtangga tetapi apabila terdengar suara azan,beliau cepat-cepat berangkat ke masjid dan cepat-cepat kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah juga Nabi pulang pada dinihari dan dirumahnya tidak ada apa-apa untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi pun bertanya, " Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan kemesraan, ertinya 'Wahai kemerah-merahan'.

Aisyah pun menjawab, "Belum ada apa-apa ya Rasulullah."

Nabi lantas berkata juga dengan senyuman mesra, "Jika demikian,aku berpuasa sahaja hari ini."

BEGITULAH HEBATNYA KEPERIBADIAN RASULULLAH DALAM MELAYAN PELBAGAI KEKURANGAN YANG ADA DALAM ISTERI BAGINDA IAITU DENGAN SENTIASA TERSENYUM DAN BERSABAR.

klik sini 200kali ea thanks ^--^

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 4 April 2012

Mengapa Wanita memerlukan Lelaki <---


Twist the plot!

klik sini
LELAKI YANG BAIK itu ada di mana-mana, tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak..

tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia MENEMANI kita sepanjang hayat, MEMBIMBING kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, MENDIDIK, membuka jalan agar kita dapat memperdalamkan SELOK BELOK AGAMA yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita ZURIAT YANG HALAL lagi dirahmatiNya..

Dia akan DATANG apabila tiba masanya..LAMBAT ATAU CEPAT, maafkan saya kerana Allah yang LEBIH MENGETAHUI..kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti MANUSIA KUDUNG yang diberikan semula sebelah kakinya, dia MENYEMPURNAKAN kita..apabila kita mempersilakan seorang lelaki DUDUK di samping kita untuk sepanjang hayat, bermakna kita secara langsung juga mempersilakan sekian MASALAHNYA berbaring di bahu kita..

Lelaki memang mendatangkan BAHAGIA..tetapi lelaki juga mendatangkan SENGSARA..namun jika kita BIJAK menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja..itulah adat dalam perhubungan, yang buruk-buruk pasti ada..barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar JODOH BERKEKALAN ke hari tua, dan hingga ke akhirat sana..

♥ Saling bergantung, mencari TEMPAT BERPAUT kala suka dan duka ♥
 
terima kasih sudi baca klik sini

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 3 April 2012

Bersabar jika dirimu Dicaci



klik sini :)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)

...........................

Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah? Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.
klik sini terima kasih :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 2 April 2012

--- Cinta Vs Nafsu ---




Penangan cinta sebelum nikah...Akibat terlalu percayakan kekasih bkn mahram...(kisah benar)

p/s wajib klik see more utk baca dan iktibar bersama :)

Ambillah pengajaran dari pada berita ini...jangan biarkan diri ditipu disebabkan CINTA yang berakhir dgn sengsara...bila diri dah ditipu jgn pula nk salahkan org yg menipu itu sebaliknya pikirkanlah kenapa diri sendiri yg sengaja merela dan mencampakkan diri supaya mudah ditipu...oleh itu berfikirlah dgn ILMU bkn dgn NAFSU apabila hendak buat keputusan...

KUALA LUMPUR: Akibat menjalin cinta terlarang dengan suami orang sejak Mac lalu akhirnya membawa padah kepada seorang kerani wanita berasal dari Pulau Pinang apabila mendakwa kerugian RM35,000 selepas ditipu lelaki berkenaan.

Mangsa berusia 25 tahun dan bekerja di Brickfields, di sini, mendakwa berkenalan dengan lelaki terbabit dikenali sebagai Izwan secara tidak sengaja ketika dia makan di sebuah restoran makanan segera berhampiran tempat kerjanya.

Menurutnya, dalam pertemuan awal dengan lelaki itu selama kira-kira 30 minit, Izwan yang berperwatakan menarik dan menepati ciri-ciri lelaki idamannya itu mengaku masih bujang, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat kawalan keselamatan dan tinggal bersama keluarganya di Bandar Tun Razak, Cheras.


“Sikapnya yang begitu baik menyebabkan saya begitu mempercayainya hinggakan kami pernah terlanjur dan merancang untuk bertunang hujung tahun ini. Keadaan itu menyebabkan saya tidak pernah menyesal menyulam cinta bersamanya,” katanya ketika ditemui, di sini. Katanya, satu hari ketika keluar membeli-belah, lelaki itu memberitahu kereta digunakannya milik abang iparnya dan abang iparnya meminta segera memulangkan kenderaan berkenaan.

Dari Kaki online:
kalau betul dia lelaki yg baik kenapa dia diajak berzina???
dari situ kita boleh nampak ketidak jujuran dan tidak ada tanggungjawab seorang lelaki tersebut...tetapi disbbkan CINTA, wanita hanyut dan mempercayainya dan sanggup berzina


“Dia memberitahu tidak mampu membeli kenderaan sendiri akibat mempunyai pinjaman kad kredit.

Dari Kaki online:
Alasan di atas sebegini dah biasa digunakan untuk memerangkap mangsa terutamanya wanita yg percaya bulat2 pasangan bkn mahram mereka...

“Saya yang begitu mempercayainya menawarkan untuk membeli kereta baru menggunakan slip gaji saya dan dalam tempoh seminggu sudah memiliki Perodua Myvi baru,” katanya.

Bagaimanapun, seminggu kemudian, dia menerima kejutan apabila seorang wanita menelefonnya memperkenalkan diri sebagai isteri kepada Izwan dan sedang hamil.

“Wanita itu memberi amaran dan melarang saya meneruskan perhubungan dengan suaminya kerana tidak mahu bermadu selain memberi ingatan supaya tidak terlalu mempercayai suaminya yang disifatkan ‘buaya darat’.


“Pada mulanya, saya kurang percaya dengan tuduhan wanita berkenaan, sebaliknya meminta pengesahan sendiri daripada Izwan. Apabila diajukan soalan bertubi-tubi, Izwan akhirnya mengaku dengan statusnya sebagai suami orang.


“Ketika itu, saya cukup kecewa tetapi apabila Izwan berjanji meminta keizinan isterinya untuk bermadu, saya hanya berdiam diri, malah tetap mempercayainya.

Dari Kaki online:
Walau pun diri sudah berjaya ditipu oleh lekai tersebut tetapi wanita itu tetap mempercayainya...gara2 percayakan janji manis lelaki disebabkan cinta sebelum nikah ber''couple'


“Perhubungan kami terus berjalan lancar hingga bulan lalu, malah dia juga sudah memakaikan saya sebentuk cincin sebagai tanda di depan ahli keluarganya di Bandar Tun Razak tanpa kehadiran isterinya yang ketika itu dikatakan masih tidak boleh menerima saya,” katanya.


Menurutnya, dia juga tidak kisah membayar wang ansuran bulanan kereta yang dibeli itu dan pada 25 Jun lalu, Izwan memaklumkan, syarikatnya menghantarnya berkursus di Taiwan hingga 1 Julai lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada 2 Julai.


Bagaimanapun, katanya, sehingga 5 Julai lalu, Izwan masih gagal dikesan, malah telefon bimbitnya juga dimatikan.


“Curiga dengan tindakannya, saya kemudian nekad pergi ke rumah keluarganya di Bandar Tun Razak, namun hampa apabila lelaki yang memperkenalkan diri sebagai abangnya mengaku yang dia hanya diminta berlakon di depan saya.


“Berdasarkan maklumat lelaki berkenaan, Izwan kini dipercayai sudah melarikan diri ke utara tanah air manakala isterinya berada di kampung kerana bersalin,” katanya.


Lebih mengecewakan, lelaki berkenaan memaklumkan kereta dibeli menggunakan namanya sudah dijual tanpa pengetahuan.


“Malah, saya gagal mengesan di mana kenderaan itu disembunyikan.


“Berikutan itu, saya sudah membuat aduan di Balai Polis Travers semalam (kelmarin) selepas menyedari tertipu,” katanya.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

pesanan dari Kaki online... kepada wanita yg baru sahaja mengenali cinta jgn terburu2 bila berhadapan dgn cinta...jangan bertindak mengunakan nafsu apabila membuat keputusan...jangan bertindak berseorangan pastikan meminta nasihat dari ibu dan bapa, adik beradik dan kawan2 yg rapat dgn anda...wassalam
 — 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Mohd Syawal