Kaki Online kaki Online: 2012

jom terjah entry minggu Ini

Tuesday 25 September 2012

Diari:- Terluka Lagi



Hari ini hari yang paling terluka hati dan betapa sakitnye hati ke atas segala 
yang berlaku dan sangat sedih bagiku apa yang terjadi mungkin bagi
pendapat orang lain small matter,poyo lah,sentap or anything want says.. 
for me Arghhh is difficult to accept what happened todays mklumlah
aku ini jenis kuat jelezs membuta katakan.
Hatiku terluka sangat hari ini sebabkan kecil jer bagi org lain
iaitu mengenai dia keluar dengan 5 org lelaki menaiki kereta dan 
terserempak dengan aku masa masuk dalam kolej tempat car park..
Imbas kembali aku ada cakap lah dkat si dia on the way ke kolej
then dia cakaplah dia nak keluar pergi snap pic maklumlah kelas
"PHOTOGRAFI" katakan .. kalau lah benda ini berlaku dekat aku
rasanye confirm marah giler kan? aku banyak sangat sabar dan terus bersabar
sampai saat kini aku masih tersenyum walaupun aku tak happy
aku bersyukur dapat kenal dia dan im accept u honestly and im not
kidding for this reltionship with u!!! REMINDS THIS NOTICE ..
kalau ia pon nak keluar snap pic macamlah tak boleh text kasi tahu 
nak keluar dengan sape ke or anything text for outing photogrphy..
susah sangat ke nak text dan bagi tahu semua nie??
or saje nak rahsia dan menguji kesabaran aku ini?
aku dah cuba fahami hati,perasaan dia dan hubungan kami 
bukannye 2 or 3 hari tapi dah hampir 4 bulan lebih..apa yang membuatku
terluka lagi ialah pergi snap pic semuanye dengan lelaki
macamlah kos dia tak ade perempuan tak kesah lah nak cakap
ape pon making me stress,depressed and dippsointed with u..
urgHhhh im so sad what u do with me today... thanks for reading all..
if u read what i say, i want u know my feel ..
from:- patah hati

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 5 September 2012

Diariku: Kejadian Semalam


sorry lah lame tak update so blog nie memang berhabuk sangat today aku
akan update mengenai kejadian semalam yang menimpa diriku
apa yang pasti semuanya terjadi kerana dugaan dan rintangan dalam
hidup aku selama nie yang aku harus tempuhi selama aku
masih bernyawa di atas muka bumi Allah ini..
Bermulanya aku keluar dengan scha dan kawan ku detik 
hitam yang menimpa diriku ialah sebelum pulang daripada MCD pada jam
11.50 kitaorang bertolak balik dari MCD aku ingat lagi 
apa yang aku perkatakan kepada si dia iaitu ''maafkanlah sayang sebelum
terjadi apa apa malam ni pleasee'' inilah perkataan yg aku ungkapkan sebelum
aku rebah dihadapan rumah si dia dan selepas itulah aku tidak sedarkan diri
sehingga lah aku sampai tepat 12.30am 9/5/2012 pada itulah dia ceritakan 
apa yang terjadi terhadap diriku ini... Air mata scha mengalir ketika aku mula 
rebah di hadapan rumahnya itu semalam tepat pukul 12.00 am detik-
detik cemas yang berlaku ialah dia mengusung aku kedalam rumah
dan mengusap air untuk menyedarkan diriku dan sambil mengalirkan
air mata masa dia cerita time ini aku pon sedih dalam gembira sebab
dia menangis kerana aku dan apa yang terjadi pada aku malam itu
aku berasa sangatlah happy selepas itu dia juga ada bergurau
dengan aku dia cakap "kalau nak pengsan masuklah rumah dan
kenapa awak pengsan tolonglah jangan pengsan dah selepas ini"..
aku pon happy setelah apa yang terjadi pada diriku pada malam itu sangatlah
bermakna dan aku akan ingat sampai ke akhir hayatku..
btw thanks dear Norsyahrain Shoib i will love you until im died....

p/s hargailah kasih sayang seseorang itu selagi ianya bernafas...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 2 August 2012

Tiada perkara mustahil boleh berlaku

Jika anda miskin, 
anda mungkin akan dapat cinta dari orang kaya. 

Jika anda kaya,
anda mungkin akan jatuh cinta pada orang yang miskin. 

Jika anda hodoh, anda mungkin akan dapat cinta dari orang yang cantik atau kacak.

Kebenaran ini tidak dapat disangkal kerana ia adalah kuasa Tuhan.

Oleh itu, percayakan pada jodoh anda kerana tiada perkara yang mustahil boleh berlaku....


jom joint sini get extra money!!
free registration!!
sign up now!
http://prelaunchx.com/x/schaawal



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 24 July 2012

Yakin dan Percayalah



Menangis dan bersedih bknlah bererti kita hilang harapan.....
jauh skali utk menjadikan kita rasa putus asa dgn Rahmat Allah....
Sesekali menangis..hati kita akn bangkit sedar bahawa kekecewaan bukan penghalang kebahgiaaan.
Sesekali menangis... jiwa kita di didik dgn indahnya Sabar dan Redha...

Sesekali menangis....percayalah..bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu..retaknya hatimu..tapi mungkin itulah yg Dia mahukan...kerana Dia tahu hati yg sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya.

Setelah kita jatuh dan terluka...bangkitlah semula melangkah..
Namun apabila kita jatuh tersungkur dan sukar utk bangun...percayalah Sinar dan Harapan tetap ada...

KasihNya sentiasa dekat,cuma kita yg selalu alpa dan lalai...
Ketahuilah...bahwa Allah tidak menciptakan sesuatu bencana dan ujian itu dgn sia2...
Pasti ada hikmah di sebalik apa yg menimpa...

Yakin dan Percayalah..♥ :')



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 23 July 2012

Berubah Kerana Allah



ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ
بِســـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
ღ¸.•*¨*•*¨*ღ¸.•*¨*•*ღ

♥ Seandainya ada KAMERA yang mengawasi kita 24 jam dan mempertontonkan HASIL rakamannya di hadapan semua umat manusia, kita pasti akan berhati-hati dan menjauhi DOSA..

♥ Berita BURUKnya, KAMERA itu memang ada, bahkan lebih CANGGIH lagi, Allah Maha Melihat, dan hasilnya nanti memang akan dipertontonkan pada hari PENGADILAN..

♥ Berita BAIKnya, masih ada waktu untuk berTAUBAT ! menghapus rakaman LAMA, memulakan rakaman BARU..♥



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 18 July 2012

Gambar Irma & Suami di Australia




Di sini Mynewshub.my paparkan beberapa keping gambar pelakon wanita manis, Irma Hasmi dan suaminya, Redza Shah yang sedang bercuti bulan madu di negara Australia.
Sangat cantik dan ia menampakkan mereka berdua sangat gembira becuti di sana selepas mereka selamat diijab kabul sebagai suami isteri yang sah.
Percutiaan Irma dan Redza ke Gold Coast Australia telah ditaja sepenuhnya oleh butik D’Haja dan diuruskan oleh syarikat Myzarra Travel.
Semoga, kegembiraan dan kebahagian yang terpancar di wajah pasangan suami isteri itu didoakan kekal hingga ke akhir hayat. Amin.



sumber Mynewshub.my



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 16 July 2012

Justin Bieber memiliki Persona



SAYA bertuah kerana mempunyai peminat yang begitu menyokong kerjaya seni dan tidak sekali berundur untuk memberikan jeritan setiap kali saya muncul. Itulah rahsia saya kekal bersemangat dan terus bertenaga untuk memberikan yang terbaik.
“Inilah pengalaman paling indah terutamanya kembali ke Malaysia untuk bertemu peminat di sini yang sememangnya penuh tenaga. Saya sayang peminat di Malaysia,” kata bintang muda terkenal, Justin Bieber ketika bertemu Harian Metro secara eksklusif petang Sabtu lalu.


  • HEBAT...aksi menarik Bieber yang dijulang penari ketika persembahan.
  • Foto
  • Foto
  • Foto
  • Foto
  • FotoFANATIK...antara peminat bertuah yang berpeluang menyaksikan persembahan Bieber.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Baby dan Boyfriend itu hadir ke Malaysia selama dua hari bagi memeriahkan lagi sambutan MTV World Stage 2012 di Sunway Surf Beach.

Kali kedua berada di Kuala Lumpur, fenomena Justin Bieber masih sama malah makin luar biasa apabila lebih lima belas ribu peminat berhimpun menyaksikan persembahannya.


Tidak hanya itu, kehadirannya kali ini lebih mengundang fanatik dikalangan peminat apabila bintang terkenal berusia 18 tahun itu berada di ibu kota sehari lebih awal memberi lebih masa buatnya bersiar-siar dan berhibur di sekitar Kuala Lumpur.

Meskipun masih membawa teman wanitanya juga penyanyi jelita, Salena Gomez, peminat bagai histeria sebaik mengetahui Bieber sudah tiba di Malaysia.

Menerusi twitter milik Bieber juga penganjur, MTV Malaysia, peminat tidak henti bertanya di mana lokasi bintang kegemaran mereka itu.

Menurut bintang kacak ini lagi, peminat di Malaysia jauh berbeza berbanding dari yang lain kerana mereka lebih gemar menjerit tanpa henti.

“Saya memang akan melayan peminat di twitter jika ada kelapangan sentiasa berkongsi apa-apa saja bersama mereka kerana itu adalah medium terbaik untuk mendekatkan diri dengan peminat. Pesanan yang saya terima dari mereka di twitter cukup membina dan memberi motivasi serta inspirasi.

“Malaysia umpamanya antara negara yang banyak menyokong kerjaya saya. Lantas saya sudah mengaturkan beberapa aktiviti yang akan membolehkan mereka untuk mendekati saya. Antaranya sesi bertemu peminat yang saya lakukan di majlis sidang media dan menghiburkan mereka dalam sebuah persembahan akustik yang istimewa.

“Kelakarnya mengenai peminat di sini, mereka akan menjerit walaupun ketika saya menyanyi. Tapi itulah kemeriahan yang ada dan saya sebagai penyanyi sentiasa menghargainya,” katanya yang diiktiraf sebagai artis yang paling bijak menggunakan medium laman sosial di Anugerah Billboard 2012 baru-baru ini.

Bieber sempat melayan peminat setianya di majlis sidang media pada petang Sabtu lalu dan berpeluang mendendangkan enam lagu secara akustik.

Malah, lebih menariknya, Bieber membuka ruang kepada peminat untuk bertanyakan soalan.

MTV World Stage 2012 pula, Bieber diletakkan sebagai pembuka tirai. Mula menggegarkan pentas seawal jam 6.35 petang dengan lagu yang memperkenalkan namanya, Baby dan kemudiannya Around The World, Bieber jelas mengubat kerinduan peminat.

Single baru dari album Believe berjudul As Long As You Love Me dinyanyikan sebelum konsep persembahannya ditukar kepada akustik. Hanya diiringi petikan gitar, Bieber menonjolkan permainan vokal menerusi lagu Die In My Arm, Be Alright dan One Time.

Bieber yang lincah menari dan begitu bertenaga sempat menyanyikan lagu Never Say Never sebelum mengakhiri persembahannya dengan lagu terbarunya, Boyfriend.

Hakikatnya, bintang muda terkenal ini tidak hanya bersandar pada wajah dan populariti sebaliknya dia punya kekuatan vokal yang mampu dibanggakan selain pesona yang cukup besar sebagai seorang anak seni.



Fenomena Bieber

  • Albumnya terjual lebih 15 juta unit termasuk tujuh juta daripadanya di luar Amerika Syarikat.
  • Album terbarunya, Believe berjaya tercatat nombor satu di lebih 30 buah negara.
  • Ruangan sosial twitter miliknya mempunyai lebih 24 juta pengikut sekali gus meletakkannya artis lelaki paling ramai jumlah pengikut di twitter.
  • Seramai lebih 42 juta peminat menjadi sahabatnya di ruangan peribadi facebook miliknya.
  • Tersenarai sebagai artis yang paling ramai videonya dilayari di You Tube iaitu melebihi 2.7 bilion termasuk single pertamanya, Baby yang ditonton melebihi 730 juta pelayar.
  • Video lagu terbarunya, Boyfriend memecah rekod apabila ditonton lebih lapan juta pada hari pertamanya dan kini sudah melebihi 50 juta pelayar.
  • Bieber disenaraikan artis paling berjaya apabila tiket kesemua 118 lokasi konsertnya seluruh dunia habis dijual.
  • Hampir separuh daripada penonton di MTV World Stage malam Sabtu lalu datang untuk menyaksikan Bieber hingga hampir kesemua mereka turut pulang sebaik Bieber tamat mengadakan persembahan.

  • Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Saturday 23 June 2012

    Coretan IdupKu Cinta



    Kadang-kadang Allah pertemukan kita dgn org yg slah dan tidak ssuai dgn kita kan?Aku syg gler dekat norsyahrain ttpi sikap kami byak persamaan hnya sikit klainan ttpi sdkit klainan itu lah yg buat kami rjin bertengkar dan gdoh sdgkn perkara yg kami buat hnyalah kcil Cuma disebbkn  persahaman kmi lah yg buat ak dgn dy asyik gdoh ta tntu sebb hmm.. sriusly ak stia,syg dn trma dy ikhls seadanya hanya Allah yg mgthui sglanya ap isi hti aku nie.. hmm tp rmbut sma hitam sikap lain kn? Ak ta leyh lpkan dy lgsg wlpon kami hnya cuti 2 hari then dy blik umh dy aku rsa lain sgt sdgkn dy taw at apa pons kat aku…. Myb disebbkn ak terllu syg at dy lah ak ttlu dy sgt2.. Ya Allah bglah pluag dn ruag utk sy berubh utk mjd lbih baik amin…semoga Allah bg hbgan kami nie kekal dn bhgia walpon tpksa hdpi dgaan dn cbran mmglh lmrah khdupn mmg byk hlgan yg prlu kita hdpi kn? Insyallah ak kuat hdpi smua nie ….. kerna sknk ak daa mla bljr bersbr dn sbr dgn lbih lg utk mgelk pkra yg tdk diingni blku sprti gdo dn sbgainya lah ak dah mla dpt kwal dri ak yg ta sbr dn cpt mra mkin kurglh alhdunillah berkt dgn ksbrn aku nie…thanks Allah smuanya smkin baik dn mkin ddik dri aku nie agr lbih sbr hdpi smuanya.. tapi knpa ea Allah sllu uji hmbnya? Sebb dy nak kita bljr bnda baik dn cba pbaiki kita kn? Ak sbr hdpi smua nie krna ak sgt mcntai norsyahrain stlus hti aku.. hnya Allah twu krna bg ak ain terbaik dn pnah pmpuan knal smunya different lah yg ad pd ain lbih baik drp pmpuan yg pnah aku knal sblum nie kmi sllu gdo krna msig2 ad ego dn keinginn utk dipjuk tp disebbkn pgai kmi byak prsmaan so tme mjok ak lah tpksa mglh bcuse iloveu ain ….lg 1 sblum brkhir smuanya ak nie mmg seorg sikap kuat jelezs means cmbru thap gban hahaha plik kan? Tp korg twu kn cmbru mksodnya syg kn? So ak kuat cmbru pons ta slah ann? Huhu hope2 aku updte blog nie ad org jwb soaln ak yg ta sbrapa nie …Finally,  Okeyh daa pjg lbar ak type nie just na share utk blogger dn pmbca stia blog ak thanks…

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Saturday 2 June 2012

    Buat yg belum berjodoh


     

    Buat yg belum berjodoh:

    Jodohku

    Sabar dan tenanglah

    Aku di sini masih bersabar menantimu

    Tersenyumlah

    Karena aku yakin kebahagiaan mendatang

    Jikalau detik ini hatimu sedang terluka rawatlah

    Dengan mendekatlah kepada-Nya,

    Tapi di sini aku berharap kau baik-baik saja

    Waktu terasa lama buatku,

    Tapi aku yakin takkan lama lagi kau akan hadir buatku

    Mengajakku dan mengingatiku

    Sering pula kau akan menanyakan

    Sudah solat sayangku?

    Jodohku

    Aku rindu

    Bila kita bertemu?

    Begitu banyak hal yang ingin ku ceritakan kepadamu

    Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat-nasihatmu

    Dlm hati ini ku sediakan ruang dan tak sabar menanti kehadiranmu

    Semoga aku dpt merawatmu sehingga Allah menyembuhkan luka hatimu

    Temukan aku dalam istikharahmu

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Thursday 31 May 2012

    8 Fakta Kelakuan Anak Terhadap Orang Tua


     

    8 Fakta kelakuan anak terhadap orang tua :
    Anak selalu berfikir orang tuanya pilih kasih terhadap saudaranya
    Anak selalu merasa terkekang oleh orang tuanya nya
    Anak selalu lebih pintar danmembantah nasihat orang tuanya
    Anak selalu merasa bahwa dirinya tidak di sayang
    Anak selalu memperhitungkan segala sesuatu yang telah ia lakukan untuk orang tuanya
    Anak selalu menganggap remeh sesuatu pekerjaan yang telah di berikan
    Anak selalu membentak orang tuanya saat berbicara
    Anak selalu membingungkan harta warisan

    8 Fakta yang tidak di ketahui oleh anak :

    Anak tidak mengerti jika dibalik sepengetahuan orangtuanya selalu memuji anak di depan saudaranya
    Anak tidak mengerti bahwa semua yang dilakukan orang tuanya hanya untuk kebaikan masa depan anak
    Anak tidak memgerti bahwa orang tuanya telah menjalani kehidupan yang lebih keras dibanding anak
    Anak tidak mengerti bahwa di setiap doa dan harapan orang tua nama anak selalu diingat
    Orang tua tidak pernah memberitahukan mengenai pengorbanannya selama melahirkan anda
    Orang tua tidak rela melihat anaknyahidup bersusah-susah di tempat orang lain
    Anak tidak mengerti seriap kali ia membentak, hati orang tua akan bergetar dan memyebabkan umurnya lebih pendek
    Orang tua telah mempersiapkan harta warisan untuk anaknya,hanya tinggal menunggu waktu yang tepat untuk menyerahkannya

    Jika anda telah memahami dan merasa bersalah kepada orang tua anda. Segera. Hampiri orang tua anda, peluk mereka, bisikan kata MAAF di telinga mereka, dan berjanjilah tidak melakukannya lagi. Sebelum semuannya terlambat dan orang tua anda meninggalkan anda.


    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Tuesday 29 May 2012

    Coretan Kehidupanku


      

     
    schawal (gabungan nama kitarong)

    kadang-kadang susah jugak kan menjangka sesuatu yang  tidak terlintas di fikiran dan berlaku pada diri kita kan? Okey actually aku nak cerita kehidupan aku first time masok kolej sampai sekarang lah .. top tap top tap sudah hampir sebulan aku menghinap dan belajar di kolej ini korang nak tahu kolej apa? 
    Jeng jeng hehe sebenarnya aku masok kolej biasa jea nie nama penuh kolej Multimedia singkatan (MMC) multimedia Malaysian collage tak lah sehebat kolej dan university korang yang lain hehe btw im happy with here .. nak tahu kenapa aku happy dan tergedik sangat dekat sini? 
    Firstly masa orientasi aku dah kena memegang jawatan sebagai ketua kumpulan jea pons huhu wat teruk sikit .. apa yang bestnye aku dapat kenal gurl2x tak sangka pulak laut yang tenang ada buaya bak kata pepatah jea ah lalalalala~ .. bermula aku sebenarnya hanya mengangap si dia tue hanya kawan tapi sepanjang orientasi tue aku tak dapat berpisah daripada si dia why? 
    Dup dap dup dap dibuatnya ternyata aku sudah jatuh cinta lagi jeng jeng jatuh cinta lagi ..lagi2 aku jatuh cinta huuahuahua nakal pulak aku nie apa yang best dan buat aku makin saying dia ialah sikap dan pandangan kami adalah sama hanya Allah jea yang tahu betapa hebatnya kuasa Allah pertemukan kami di kolej multimedia ini .. selepas habis orientasi kami sudah mula keluar dan mengenali personality masing2 .. tapi kan cuma time gadoh kami susah sikit berbaik semula al maklumlah sikap kami sememangnya sama masing-masing kuat merajuk so kalau kami merajuk membe aku lah jadi mangsa pujuk kitarong .. 
    Paling aku suka at si dia ni ialah dia tak suka make up wahh2 so sweet muka natural adalah pilihan aku kerana orang yang make up dan make over hanyalah cantik kerana make up tersebut aku tak suka perempuan jenis macam tue hehe .. 
    Akhir sekali kenangan manis yang aku tak dapat lupakan bila si dia marah dan ketawa comel mimic muka dia wah2 geram siott dah la chubby errr I like itt btw dah habis cerita aku dengan si dia dan sikit pasal kolej aku belajar Multimedia Collage (MMC) Northen…..

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Saturday 26 May 2012

    Ciri Perempuan yang Suci




    Perempuan yang suci
    Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
    Tidak sedikit pun Allah membenarkan
    Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
    Walaupun hatinya…
    Kerana Allah teramat mencintainya…

    Tetapi andai kita bergelumang
    Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

    Di mana Allah untuk menjaga kita
    Allah seakan melepaskan kita
    Kepada seorang manusia
    Yang lebih banyak mengecewakan kita

    Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
    Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
    Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
    Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

    Mengapa masih ragu-ragu?

    Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
    Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Wednesday 23 May 2012

    Nasihat Untuk Orang Yang Putus Cinta








    Memang ALLAH sengaja
    menemukan anda dengan
    orang yang banyak
    rungutan itu dan ini,
    supaya anda menjadi
    seorang manusia yang
    hebat jiwanya.

    Memang ALLAH sengaja
    menemukan anda dengan
    orang yang tidak
    penyayang, supaya anda
    lebih faham bahawa cinta
    yang terbaik hanya ada
    bersama Allah s.w.t.

    Memang ALLAH sengaja
    menemukan anda dengan
    orang yang banyak
    sombong dan bangga diri,
    supaya anda lebih
    mengenali kehidupan
    yang tidak selamanya
    kekal.





    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Tuesday 22 May 2012

    untuk kekasih tersayang





    **** untuk kekasih tersayang....

    jika sy cakap saya cintakan awak, percayalah, itulah yang sebenarnya perasaan saya....

    bila saya cakap yang saya nak selamanya bersama awak, ketahuilah bahawa saya takkan tinggalkan awak.....

    dan bila saya ucapkan selamat tinggal kepada awak, awak janji yang awak takkan menangis ye, sebab saya akan ucapkannya bila nyawa saya terpisah daripada jasad.... 

    **** itulah cinta saya pada awak.....****



    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Monday 21 May 2012

    berterima kasih atas segalanya





    Berterima kasihlah pada orang yang telah MELUKAI hatimu kerana dia telah membuat hatimu kuat.

    ♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBOHONGImu kerana dia membuat hidupmu makin bijaksana.

    ♥ Berterima kasihlah pada orang yang telah MEMBENCImu kerana dia yang mengasah ketegaranmu.

    ♥ Dan berterima kasihlah pada orang yang telah MENYAYANGImu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu.

    MORAL: ALLAH LEBIH TAHU APA YANG TERBAIK

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Sunday 20 May 2012

    Kelemahan diri








    Sungguh, banyak sangat kelemahan diri..
    kadangkala, sampai tidak tahu hendak BETULKAN yang mana satu dulu..
    berlawan dengan kehendak hati, dan sungguh proses MEMPERBAIKI DIRI sangat menyakitkan..
    PEDIH, kena lawan yang sungguh-sungguh..
    harus KUAT, CEKAL..paling penting, BERANI UNTUK BUAT..

    Saya CEMBURU..cemburu pada mereka yang kuat..
    Sungguh-sungguh..
    Pada kamu yang berbuat..
    Pada kamu yang jujur dengan diri sendiri..
    Pada kamu yang ikhlas..
    Pada kamu yang cekal..

    KUATKANLAH diri ini dengan kekuatanmu..
    tampunglah KELEMAHANKU, dengan segenap kelebihanmu, yakinkan aku, kita sentiasa ada Allah..DOA kita dimakbulkan, tapi dengan CARA Dia yang terindah..

    Saya PERLU..
    Perlukan awak..
    SELALU..
    Untuk MENCINTAI saya, supaya mencintai Allah..
    Menelusuri ketidaksempurnaan bersama-sama itu, INDAH..

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Saturday 19 May 2012

    berjalan tanpa henti








    Berjalan tanpa henti


    Teruskan melangkah,
    walaupun kadangkala hidup ini tidak seindah yang diharapkan..

    Teruskan melangkah,
    Walau kadangkala diri terasa lemah..

    Teruskan melangkah,
    Walau kadangkala ianya payah..

    Sesukar sepayah mana pun,
    Fatimah, jangan berhenti melangkah..

    Selagi mana niat dan hati masih bersandar pada Allah,
    insyaallah semua akan jadi mudah=)



    سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

    سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِِّ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ




    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Saturday 12 May 2012

    Kasih Sayang Seorang Ibu

     
     
     
    Wajib Baca !!!

    ~Menitis Airmataku membaca artikel ini...~

    selamat hari ibu.... :')
    ( SHARE KEPADA SAHABAT-SAHABAT, MOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA )

    KISAH YG MEMBUAT AIR MATA MENGALIR : “PENGORBANAN SEORANG IBU..”

    “Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.

    Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

    Masa terus berlalu…

    Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

    Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

    Setahun berlalu…

    “Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

    Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

    “Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”

    “Bila?” tanya si anak.

    “Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

    Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

    Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

    “Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

    Si anak kaku..

    P/s: Begitulah pengorbanan seorang ibu. Biarpun kisah kita tidak seperti ini, ketahuilah semua ibu nalurinya cukup sama. Masa korang kecil, kalau ada seekor nyamuk yang gigit korang, memang satu rumah si ibu cari nyamuk tu. Punyalah marah. Selagi tak mati nyamuk tu, seharian si ibu akan perhatikan korang. Jadi hargailah ibu kita. Lakukanlah apa sahaja untuknya selagi ada masa.

    Selamat Hari Ibu.....


    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Thursday 10 May 2012

    Pandai Buat Tak Tahu Jaga



    Duhai Anak.. tak dapat aku bayangkan..
    jika aku yang berada ditempatmu..
    terjelepuk hina tak mampu berbuat apa..
    yang diamanahkan sebagai pelindungmu telah menghumbanmu..
    untuk menutup aibnya..

    Duhai Anak.. sedihnya realitimu..
    sedang manusia keliling tergamam..
    dan tak mampu lakukan apa-apa..
    duhai anakku.. doaku mati mu biar kesyurga..
    hidupmu agar tak terus dihina..
    kerana statusmu .. yang paling pedih..
    Ibu mu sendiri tidak pernah mahu padamu..

    Duhai Anak.. kita punya Allah..
    jangan bimbang Ibu mu tak sayang padamu..
    kerana Allah tidak pernah..
    melupakan kita.. Sabarlah sayang..

    ♥ Jangan lupa tekan share ye agar menjadi peringatan bersama ♥


    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Monday 7 May 2012

    Mana Yang Patut dimalukan?




    Mana yang patut dimalukan?

    ◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
    ◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

    ◆ Malu kerana tiada kekasih,
    ◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

    ◆ Malu kerana dikatakan alim,
    ◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

    ◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
    ◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

    ◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
    ◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

    ◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
    ◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

    MALU itu perlu..
    tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..
    malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
    jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR,
    insyaAllah..

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Sunday 6 May 2012

    Cinta Manusia Hanya Sementara




    ✿ 1bulan kahwin:
    Isteri: I love u sayang!!!
    Suami: I love u tooo honey!!
    Isteri: Tak, i love u threee!!
    Suami: But i love u 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10!!

    ✿ 10tahun kahwin:
    Isteri: I love u sayang!!
    Suami: Ye, love u 2. (sambil bace surat kabar)
    Isteri: Tak, i love u threee!!
    Suami: Yelah, awak je la menang. (malas layan)

    ✿ 25tahun kahwin:
    Isteri: I love u sayang!!!
    Suami: Ape kejadahye awak nie??da tue2 nk ber ailebiu bagai??? awak ni buang tebiat ke? nak mamp0s???!!!

    ♥...Cinta Manusia manis sementara, Cinta ALLAH cinta hakiki...♥

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Saturday 5 May 2012

    Majlis Perkahwinan Schawal


    Gambar pernikahan Awal dan Scha ok?
     dari rotikaya kami share album gambar majlis pernikahan Awal dan Scha baru ni di Putrajaya.
    Tampak berseri dan mari kita doakan mereka bahagia ke akhir hayat berpandukan landasan agama, Amin.

    Gambar Hantaran





    Majlis Akad Nikah








    Semoga pasangan mempelai ini kekal hingga akhir hayat
    amin...

    credit to :Rotikaya







    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

     
    Copyright © . All Right Reserved by Mohd Syawal