Kaki Online kaki Online: 17 Mar 2012

jom terjah entry minggu Ini

Saturday 17 March 2012

Mimpi Mayat Timbul <-------


IPOH: “Saya pernah bermimpi beberapa hari lalu melihat arwah berada dalam keadaan terapung-apung di permukaan empangan,” kata Robayah Yahya, 77, ibu kepada Jisfri Zainon, 45, mangsa lemas yang ditemui terapung di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta di sini pagi semalam.
Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa jatuh oleh seorang pekerja empangan berkenaan kira-kira jam 8.50 pagi semalam.

Arwah yang juga pekerja Metropolitan Utilities Corporation (MUC), disahkan lemas di empangan berkenaan pada 7 Mac lalu sebelum gerakan mencari dilakukan membabitkan pelbagai agensi keselamatan termasuk bantuan dari pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat mangsa terpaksa dihentikan pada hari kesembilan iaitu kelmarin selepas usaha menjejaki mangsa menemui jalan buntu sebelum mayatnya ditemui pagi semalam.

Robayah ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam berkata, dia tidak dapat menyembunyikan kesedihan ketika melihat jenazah anaknya, namun pada masa sama pasrah dengan apa yang berlaku.

Beliau berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak lelakinya itu pada cuti perayaan Tahun Baru Cina lalu, namun arwah tidak menunjukkan apa-apa perubahan sebaliknya cukup mesra dengan semua orang.


“Arwah cukup disenangi oleh semua orang disebabkan sikapnya yang peramah dan suka membantu.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat arwah,” katanya.

Sementara itu, abang arwah, Zainal Abidin Zainon, 51, berkata, sebaik mendapat berita kehilangan arwah, dia bersama ahli keluarga yang lain melakukan pelbagai usaha termasuk mengadakan doa selamat dan solat hajat. Beliau berkata, dia dimaklumkan mengenai berita penemuan mayat adiknya itu kira-kira jam 9.30 pagi semalam sebelum bergegas ke hospital.

“Kami bersyukur kerana doa kami sekeluarga dimakbulkan, sekali gus membawa kepada penemuan jasad arwah pagi ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, isteri arwah, Rosnah Supart, 45, ketika di temui di pekarangan Bilik Forensik HRPB semalam kelihatan sugul sambil menangis mengenangkan nasib menimpa suaminya.

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk menemubualnya gagal disebabkan masih sedih dengan apa yang berlaku.

Jenazah Jisfri disolatkan Masjid An-Nur, Batu 8, Ulu Kinta sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan selepas solat Jumaat, semalam.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ipoh, Pegawai Bomba Tinggi, Zulkifli Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa kira-kira jam 8.50 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Bersediakah Malaysia untuk iPad LTE?

 

MINGGU lalu, Apple Inc (Apple) di bawah pentadbiran Ketua Pegawai Eksekutif barunya, Tim Cook melancarkan iPad baru generasi ketiga (iPad 3) yang jelas ujian kedua beliau apabila dikatakan gagal sebaik telefon pintar popular, iPhone 4s belum cukup memberi perhatian di kalangan pengkritik.
Kini, ujian kedua menyusul bagi Cook memperkenalkan iPad 3 apabila beliau masih dibayangi watak Steve Jobs yang dianggap belum mampu menerajui evolusi teknologi dalam Apple.

Walaupun selepas iPad 3 dikeluarkan, rata-rata mata masyarakat teknologi di luar belum melihat Cook sebagai Jobs II.

Ternyata, watak Cook masih boleh menghancurkan Apple, namun ia masih awal dan boleh diperbetulkan sebelum nasi menjadi bubur.

Apple masih mempunyai pasukan kejuruteraan yang hebat tapi ia masih menunggu auranya sampai, namun kali ini bukan pada iPad 3.

Memetik kata penganalisis, Trip Chowdhry suatu ketika dulu, pendirian Jobs yang benar-benar memastikan produk dikeluarkan bermutu adalah faktor memisahkan Apple daripada syarikat lain.

“Apple adalah Steve Jobs, Steve Jobs adalah Apple dan Steve Jobs mewakili inovasi. Anda boleh ajar bagaimana untuk jadi berkesan, upah perunding untuk lakukannya tetapi hanya Tuhan mencipta inovasi. Apple tanpa Steve Jobs tidak memberi apa-apa makna,” kata Chowdhry.

Persoalannya, latar belakang Cook yang mempunyai asas perniagaan berbanding teknologi sedikit mempengaruhi idea inovasi syarikat sejak puluhan tahun lalu.
iPad 3 Ujian Cook

Seperti yang dijangkakan, Apple masih belum memberi nama kepada iPad yang dikeluarkan apabila ia menggunakan terma ‘iPad baru’. Tapi bolehlah dipanggil iPad 3 kerana ia generasi ketiga iPad.

iPad 3 yang baru dilancarkan mempunyai dua ciri utama iaitu pacuan pemprosesan lebih berkuasa dan paparan resolusi lebih tinggi iaitu format Retina dibanggakan Apple sejak penggunaannya pada telefon pintar iPhone 4.

Skrin iPad 3 digambarkan sebagai paparan terbaik yang dilengkapi pada peranti mudah alih selain daripada kamera lima megapiksel dengan perakam video definisi tinggi.�

Lebih menghangatkan suasana ketika pelancarannya, Apple mengumumkan kesediaan rangkaian teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE) yang dilengkapkan pada tablet terbabit membolehkan peranti memindahkan data lebih pantas berbanding gajet terdahulu.

Ia petunjuk positif kepada Apple yang mengorak langkah mendahului pesaing lain berkaitan penggunaan rangkaian di dunia selepas era 3G.

Ketika pembentangan produk dilakukan, Apple berkata, model terbarunya itu didatangkan bersama penggunaan bateri melebihi 10 jam, namun ia berbeza sekiranya rangkaian LTE dipasang, tempohnya mungkin dianggarkan sembilan jam.

Hanya berita buruk berkaitan berat produk merunsingkan penggemar iPad apabila generasi baru ini memiliki berat 635 gram dan badan senipis 9.4 milimeter, lebih berat dan lebih tebal berbanding model sebelumnya.

iPad baru ini akan dijual pada harga sekitar RM1,599 yang akan berada di pasaran Amerika Syarikat, Perancis, Kanada dan Jerman dulu sebelum ia dipasarkan di negara lain termasuk Malaysia dalam tempoh sebulan selepas itu.

Tablet dengan memori 16GB dilengkapi Wi-Fi dan sambungan 4G pula akan dijual pada harga RM1,999 seunit manakala setoran 32 GB dan versi 64 GB termasuk Wi-Fi dan 4G, masing-masing kira-kira RM2,199 dan RM2,499.

Apple turut memperkenalkan aplikasi iPad yang dipertingkatkan yang berfungsi menyunting video atau menghasilkan sendiri muzik anda tidak kira di mana saja anda berada.

Aplikasi iPhoto yang baru dipasang membolehkan peranti itu menyunting foto dengan sentuhan yang lancar.

LTE dalam iPad 3

Agensi penyelidik, Juniper Research meramalkan jumlah pelanggan untuk rangkaian Evolusi Jangka Panjang (LTE) akan mencecah 24 juta pada 2012, hanya dua tahun selepas versi awal teknologi terbabit diuji.

LTE dijangka menjadi pengganti jangka panjang dalam industri jalur lebar mudah alih kerana ia menawarkan laluan migrasi dari teknologi 3G/HSPA yang sedia ada dengan lebih baik.

Setakat ini, syarikat telekomunikasi di Malaysia masih di peringkat permulaan pengenalan LTE, lebih tepat, hanya perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan rangkaian saja dimeterai namun prasarananya masih belum kelihatan.

Jadi, apabila iPad 3 dikeluarkan nanti, ia belum cukup mantap untuk digunakan secara bersepadu yang menggusarkan pengguna di negara ini.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Mohd Syawal