Kaki Online kaki Online: 03/01/2012 - 04/01/2012

jom terjah entry minggu Ini

Saturday 31 March 2012

Sihir Dalam Masyarakat Melayu




Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
Polong : Bagi menghisap darah mangsa
Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

JENIS-JENIS SIHIR
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur'an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t.

Insya Allah….
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…

** Persahabatan dengan syaitan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang tersebut dalam al-Qur'an ( An-Nisa ayat 38 )
' Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman. '

credit to ceci
ter ilmu
klik sini thanks~ 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 30 March 2012

Makna Sebalik Jampi Harry Potter





Apa yang akan terjadi kalau kita mengacungkan tongkat sihir sambil berseru, "Avada Kedavra!". Atau jampi apa yang harus diucapkan kalau kita ingin membuka pintu yang terkunci ("Alohomora!").

Tapi pernah terfikir tak, kalau J.K. Rowling, pencipta Harry Potter, ternyata tidak asal buat saja jampi-jampi harry potter? Semua jampi sihir yang digunakan di Hogwarts ternyata ada asal usulnya, yang rata-ratanya berasal dari bahasa Latin.Berikut contoh jampi-jampi sihir harry potter.

'Accio'

Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. "Accio gelas", dan gelas pun akan terbang ke arahmu. Dan seterusnya. Kata 'Accio' ternyata berasal dari bahasa Latin yang artinya 'Aku memanggil.'

'Avada Kedavra'

Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Orang tua Harry Potter mati akibat jampi ini. Dalam bahasa Aramaic, 'Avada Kedavra' berarti 'I will destroy as I speak'. Bunyinya mirip dengan 'Abracadabra', yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering dipakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.

'Crucio'

Ini juga jampi jahat yang biasa dipakai untuk menyiksa. Dalam bahasa Latin, 'crucio' artinya 'saya menyiksa'.

'Expecto Patronum'

Jampi penghasil patronus, satu-satunya makhluk yang boleh mengusir Dementor. Lagi-lagi jampi ini diambil dari bahasa Latin yaitu 'expecto' yang artinya 'menunggu/berharap', dan 'patronus' yang artinya 'pelindung'. Jadi kurang lebih expecto patronum itu artinya 'menunggu datangnya pelindung'.

'Expelliarmus'

Ini jampi handalan Harry Potter ketika bertempur. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh.Diambil dari bahasa Latin 'expellere' yang artinya 'mengeluarkan/melepaskan', dan 'arma' yang artinya 'senjata.'

'Impedimenta'

'Impedimenta' dalam bahasa Latin artinya 'halangan'. Jampi ini biasa dipakai untuk membuat rintangan demi memperlambat pergerakan musuh.

'Lumos'

'Lumos' artinya 'cahaya'. Jampi inilah yang dipakai kalau mahu membuat hujung tongkat sihir kita menyala layaknya lilin.

'Rictusempra'
'Sempra' berasal dari kata 'sempre' yang artinya 'selalu', sedangkan 'rictum' artinya mulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini dipakai untuk membuat musuh jadi terus menerus tertawa.

'Sectumsempra'

Ini justeru kebalikan dari rictusempra. Efeknya bukan ketawa, tapi luka-luka, karena dalam bahasa Latin, 'sectum' artinya 'melukai/mencederai'.

'Stupefy'
Ini juga salah satu jampi yang selalu digunakan ketika perang,tapi efeknya tidak melukai. Cuma buat bingung dan pening saja.Dalam bahasa Inggris, 'stupefy' artinya 'pening'.

'Wingardium Leviosa'

Ini adalah salah satu jampi yang diajarkan pada murid-murid Hogwarts di tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sebuah benda jadi terangkat mengambang di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggris) yang artinya sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang artinya langit. Sedangkan leviosa berasal dari bahasa Latin, levare, yang artinya mengangkat/mengambil.

credit to blogger

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 29 March 2012

Bersyukur +----+



Bila kita degil,mungkin mak kita cubit telinga kita..
Bila kita tak ikut cakap,mungkin ayah kita akan rotan kita..
Bila kita mungkir janji dengan kawan kita,mungkin kawan kita akan
murung seminggu dengan kita..
Tapi..
Bila kita tak solat,Allah tetap bagi kita nikmatNya..
Bila kita tak puasa,Allah masih beri kita rezeki..
Bila kita mengumpat,Allah masih bagi kita peluang untuk berkata-kata..

Sungguh,Allah itu Maha Penyayang..
Walaupun hambaNya terus menerus melakukan kesalahan dan kesilapan..
Dia tetap mencurahkan kasih sayang dan nikmatNya..

Bersyukurlah menjadi HambaNya..
Buat apa yang diperintahkanNya..
Tinggal apa yang dilarangNya..
Jangan sampai Allah turunkan kemurkaan ke atas kita..
Atas DOSA yang kita lakukan.

thanks sudi baca klik sini ea :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 28 March 2012

Bahagiakah Anak Sulung?




korang klik sini jap ea thanks! ^-^
"Adik-adik dapat semuanya, dulu saya tak dapat apa pun!"
"Kenapa adik A dapat laptop? Baru tingkatan empat! Dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa!"
" Yelah, dulu saya jalan kaki je dalam kampus, adik B boleh pula mama belikan dia kereta!"
"Sampai hati ayah, tiap-tiap hari 'topup'kan untuk adik C. Untungla dia, bukan mcm aku."
"Menyampah aku tgk adik D, mama asyik urutkan kaki dia je. Kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia!"
"Tak adil betul mak dan ayah, saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun!"
"Aku pun jarang balik juga, tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je. Benci".
Ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan?
Kenapa selalu terjadi begini?
Sedangkan jarak umur tidak begitu jauh, kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. Sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.
Sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
Sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi segala impian ibu bapa kita.
Sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka, dalam doa, setiap ingatan adalah untuk mereka.
Pendek kata semuanya, segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
Tapi, kita masih berasa gagal, berasa ibu bapa kita tidak adil, pilih kasih, dan suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain!
Kenapa ya?
Wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung.
Bersabar banyak-banyak ya. Sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya, betapa sedih hati kita, betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita. Jangan risau anak-anak sulung, Allah Maha Menghitung, setiap niat di hati kecil kita, setiap apa yang kita usahakan, setiap kebaikan yang kita cuba lakukan, semuanya Allah hitung. Jika mereka tidak memandang, jika mereka tidak sebut-sebut, anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini. Tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka, malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa. Mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu. Mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini. Besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas. Apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu??
Anak-anak sulung yang disayangi Allah..
Lihat ke belakang, mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari?
Mungkin kata-kata kita selalu pedas? Atau terlalu banyak bunga-bunga 'api' dalam kata-kata kita kepada mereka?
Mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas? Pengotor, atau suka marah-marah?
Mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka?
Cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci? Atau risik-risik pada adik-beradik yang menjadi 'anak emas' mereka, manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka. Sekurang-kurangnya kalau sudah jelas, boleh juga kita cuba berubah. Ya tak? Cubalah.
Peralihan zaman juga mungkin sebabnya. Dulu, ibubapa kita susah, gaji tidaklah sebesar gaji sekarang. Nak makan di luar pun susah, apatah lagi nak bermewah-mewahan. Tapi sekarang, adik-adik beruntung, apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu, semuanya akan dibeli. Apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah, terus boleh dapat. Betul kan?
Sebenarnya kita bertuah.
Bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita. Mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa. Mereka terlepas saat-saat sukar yang mengikat hati, menambah sayang kita pada ibubapa kita. Kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita, membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka. Adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu, itu rezeki mereka. Percayalah, rezeki kita tetap ada. Allah kan Maha Adil?
terima kasih sudi baca klik sini jap :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 27 March 2012

Teka Teki ? +#+



Love what you do with the internet?
klik sini jap !
klik sini ea! thanks ^-^


Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!!

Teka-teki: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

p/s hahaha semata2 utk hburan okey :) http://my.churpchurp.com/waldaxskema94/share/EraJoHaRa

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 26 March 2012

Ibu Masak Memang Sedap !



Dew More Win More!

cer klik sini ^-^

Adakah anda mengikuti perkembangan bakat JoHaRa kegemaran anda di EraFM?

cer like sini thanks :)

fakta tentang ibu anda !

ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap , pendek kata memang tak boleh lawan la dengan ibu orang lain . sedangkan mungkin bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja :D

tapi tahu tak kenapa anda sentiasa rasa masakan ibu anda yg paling sedap? sebab.. apabila seorang wanita itu memasak , dia memasak dengan sepenuh hati.. umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah masakan tersebut...

"kenapa sedap sangat ni mak masak?" sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut ...orang lain rasa tak sedap , sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu ♥

♥ Like dan komen sebagai tanda kita SAYANG kt IBU kita ♥

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 25 March 2012

Tentang Cinta <----



Insyallah kamu akan bahagia. Setiap dari kita punya cerita cinta. Manusia punya perasaan. Jadi perasaan itulah yang menterjemah cinta.

Adakah cerita cinta Laila Majnun ataupun cerita cinta Shah Jahan kepada Mumtaj sehingga dibinanya Taj Mahal.

Kita orang biasa. Kalau ada cinta pun cinta biasa.

Yang perlu cinta luar biasa dan agung ialah hanyalah kepada Yang Maha Esa. Ada yang pernah kata – hargailah cinta kita.. jika dia curang, bagi dia peluang.

Bercintalah dengan lelaki/perempuan yang betul-betul menyanyangi kamu .

Selain itu , jika dia berlaku curang – ajarlah dia erti kehilangan kamu dan bercintalah dengan seorang yang menghargai kamu.

Ingat berkasihlah dengan orang punya agama. Insyallah kamu akan bahagia.

Sejarah cinta yang kalau dicerita — mungkin boleh buat drama bersiri.

Cinta itu luas pengertiannya.Hati yang tak pernah disapa cinta akan layu.Kerana cinta kita hidup.Kerana CintaNYA kita di sini.Bercintalah sebelum semuanya pergi...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 24 March 2012

Pening O_o"??



“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
“Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”
Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..
“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya
“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”
Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..
“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”
“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu…
“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti snda seorang sarjana ya! ?” tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 23 March 2012

Erti Persahabatan <------

 



What's all the HD fuss about?!

cer klik sini kalau nak fon baru thanks :)
“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :

SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 22 March 2012

Apa yang Anda x Tahu Tentang Seorang Ayah





Solve this mission with Agent 7.7!

klik sini kejap! thanks~

Hotlink just got more Bagus!

klik sini untuk maklumat lanjut
sudilah klik okey jasa anda amat dihargai..
Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Tapi kita sibuk dengan kerja kita. Sehingga suatu hari ayah sakit dan cuba menelefon, tapi kita sibuk. Dan ayah terlantar kat rumah. Ayah solat subuh sambil duduk kerana sakit. Dan ayah sujud lama. Dan itulah sujud ayah yang terakhir...

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 21 March 2012

Kisah yg Amat Menyentuh Hati : Ibuku yg Buta Sebelah Mata

 

[Cerita ni dalam bentuk luahan hati seorang anak yang kesedihan akibat kelalaian
atau dengan kata lain kederhakaannya kepada seorang ibu!]

Cerita si anak.....

Ibuku buta sebelah mata!
Aku benci ibuku… Dia amat
memalukanku!
Tugas harian dia ialah memasak untuk pelajar dan guru
untuk menyara keluarga kami.

Pada suatu
hari semasa di sekolah rendah, ibuku datang ke sekolah untuk bertanya
khabar.
Aku sungguh malu. Mengapa dia sanggup melakukan ini
kepadaku?!
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci
kepadanya dan terus lari.

Keesokan harinya
salah seorang rakan darjah berkata, “eeeiii, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika
itu aku hanya ingin membenamkan diriku. Aku juga mahu ibuku hilang dari
hidupku!
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau
hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, alangkah baiknya kalau kau
mati saja?!!!”

Ibuku hanya berdiam diri!!!

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa
yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu..
Aku
langsung tidak peduli akan perasaannya…

Aku
ingin keluar dari rumah itu…
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
Kemudian aku
berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan mendapat anak. Aku amat gembira
dengan kehidupanku.

Suatu hari ibuku
datang menziarahiku. Sudah lama dia tidak berjumpa denganku dan tidak
pernah berjumpa cucunya!.
Bila dia berdiri di depan pintu rumahku,
anakku mentertawakannya...
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau
datang ke sini dan menakutkan anakku!"KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
Dengan
pantas ibuku menjawab “Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus
menghilangkan diri.

Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan
pelajar-pelajar lama sampai ke rumahku..
Oleh itu aku telah
memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…

Selepas perjumpaan itu, aku telah pergi ke rumah
usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
Jiran memberitahuku yang ibuku
telah meninggal…
Aku tidak menitiskansetitik airmata pun!!

Jiran itu telah menyerahkan kepadaku sepucuk surat
yang ibuku ingin aku membacanya…
“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa…
Ibu minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu.
Ibu gembira kerana kamu akan Datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama…
Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangununtuk berjumpa denganmu.
Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.
Kamu mungkin tidak tahu…. Semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........Sebagai ibu, ibu tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata...Oleh itu… Ibu memberi salah satu ibu kepada kamu…Ibu amat berbangga kerana anak Lelaki ibu dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini…
…Dengan kasihku kepadamu…
…IBUMU…"

[Sabda Rasullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: DIA memberitahu kamu supaya taat kepada Allah dan RasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu..]

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 20 March 2012

perfume asli haha O_o"?

 

Adakah anda mengikuti perkembangan bakat JoHaRa kegemaran anda di EraFM?
jom klik sini untuk mengikuti perkembagan bakat Johara kegemaran anda
di EraFM

Bob your head to the 'Beats'!

klik sini untuk membuat pilihan head fon :)

‎....Ada seorang mamat tu masuk ke dalam lif untuk naik ke tingkat lapan sebuah bangunan.

Sampai di tingkat satu tiba-tiba je masuk seorang gadis awek cun lagi bergaya lalu menyembur PERFUME ke tubuhnya.katanya..

''Ini perfume mahal tau''. RM 400 sebotol''.Katanya angkuh.

Bengang gila si mamat tu?

Sampai ke tingkat tiga masuk lah seorang Mak Datin juga menyembur PERFUME ke tubuhnya.katanya...
RM 1000 sebotol tau''.

Lagilah menyampah mamat tu?

Sampai je tingkat lapan,mamat tu sedia la nak keluar dari lif tiba-tiba ''Prøøøtt''!

Sebelum keluar mamat tu sampat mengeluarkan'gas asalinya'. ''Telur rebus kedai mamak.katanya...

Tak mahal,lima puluh sen sebiji jer''. Kata mamat tu selamba sambil meninggalkan kedua perampuan kerek yang 
mulai termuntah dalam lif tersebut.

Sekian!....hahaha



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 19 March 2012

cerita anak kembar ?<--------



Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”

“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”

“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.

“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, “Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”

Punya Hal O_o" ?!?..#

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 18 March 2012

^_^ ------> O_o''

 

‎[0:[0:4:Kejadian ini berlaku di dalam sebuah pernebangan Boeing 767 dari Los Angelas ke Malaysia. Kelihatan seorang gadis cantik molek sedang duduk bersebelahan dengan seorang peguam cerdik pandai. Otak peguam yang bergeliga itu terus bertanya gadis tersebut untuk bermain teka-teki. Gadis yang dalam keletihan & penat tidak berminat & dengan sopan santun ditolak permintaan peguam tersebut. Peguam berasa tidak puas hati & berasa direndah-rendahkan maka diajaknya gadis untuk menjawap teka-tekinya.

Peguam berkata, "saya tanya satu Teka-teki, jika u dapat jawap I pay u RM500 but if u tak dapat jawap u only pay me RM5.00 !!! amacam?

Maka gadis tersebut menerima cabaran peguam tanpa segan-silu.

Peguam terus memulakan teka-teki yang pertama : "Berapa jauh jarak diantara Bumi dan bulan??"

Gadis tersebut diam dengan selamba membuka dompetnya mengeluarkan wang RM5.00 menyerahkan kepada peguam tanda kalah.

"Sekarang giliran u", cabar peguam! ..

Maka gadis acuh tak acuh bertanya : "Apakah haiwan yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki"

Peguam tersebut terus mengeluarkan komputer dari begnya dan terus mencari maklumat, tiada jawapan... Dia terus memasangkan Modem dan mencari dalam internet ..tiada jawapan .Dengan putus asa, peluang terakhir dia mengirim e-mail kepada setiap kawanya yang bekerja sebagai doktor, lawyer, scientice, arkitek, namun tiada yang dapat menolongnya.

Setelah sejam bergelut untuk mendapatkan jawapan akhirnya peguam tersebut mengaku kalah dan mengejutkan gadis yang telah tertidur dan menyerahkan RM500.00 tanda kalah.

Dengan perasaan ingin tahu, peguam bertanya apakah jawapan untuk teka-teki tadi?

Dengan selamba, gadis itu membuka dompetnya dan mengeluarkan duit RM5.00 dan menyerahkan kepada peguam tersebut dan menjawap : "Tidak Tahu" Tipu ]]

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

♥ Cara senang untuk dapatkan pahala walaupun selepas mati ♥

 

♥ Cara senang untuk dapatkan pahala walaupun selepas mati ♥

--> Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1 , setiap kali orang guna , anda dapat pahala walaupun selepas mati .

--> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali pesakit guna , anda akan dapat pahala .

--> Derma Al-Quran ataupun Surah Yasin di Masjid ataupun Surau.. Setiap kali org guna anda dapat pahala walaupun selepas mati..

--> Beri baju kepada orang , setiap kali orang pakai , anda dapat pahala .

--> Beri makanan kepada orang , anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .

--> Menyampaikan ilmu yang bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .

--> Kongsi mesej ini kpd orang ramai . Walaupun 1 tolong kongsikan kepada orang , anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah untuk sampaikan ilmu.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 17 March 2012

Mimpi Mayat Timbul <-------


IPOH: “Saya pernah bermimpi beberapa hari lalu melihat arwah berada dalam keadaan terapung-apung di permukaan empangan,” kata Robayah Yahya, 77, ibu kepada Jisfri Zainon, 45, mangsa lemas yang ditemui terapung di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta di sini pagi semalam.
Mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa jatuh oleh seorang pekerja empangan berkenaan kira-kira jam 8.50 pagi semalam.

Arwah yang juga pekerja Metropolitan Utilities Corporation (MUC), disahkan lemas di empangan berkenaan pada 7 Mac lalu sebelum gerakan mencari dilakukan membabitkan pelbagai agensi keselamatan termasuk bantuan dari pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat mangsa terpaksa dihentikan pada hari kesembilan iaitu kelmarin selepas usaha menjejaki mangsa menemui jalan buntu sebelum mayatnya ditemui pagi semalam.

Robayah ketika ditemui di pekarangan Bilik Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam berkata, dia tidak dapat menyembunyikan kesedihan ketika melihat jenazah anaknya, namun pada masa sama pasrah dengan apa yang berlaku.

Beliau berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak lelakinya itu pada cuti perayaan Tahun Baru Cina lalu, namun arwah tidak menunjukkan apa-apa perubahan sebaliknya cukup mesra dengan semua orang.


“Arwah cukup disenangi oleh semua orang disebabkan sikapnya yang peramah dan suka membantu.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat arwah,” katanya.

Sementara itu, abang arwah, Zainal Abidin Zainon, 51, berkata, sebaik mendapat berita kehilangan arwah, dia bersama ahli keluarga yang lain melakukan pelbagai usaha termasuk mengadakan doa selamat dan solat hajat. Beliau berkata, dia dimaklumkan mengenai berita penemuan mayat adiknya itu kira-kira jam 9.30 pagi semalam sebelum bergegas ke hospital.

“Kami bersyukur kerana doa kami sekeluarga dimakbulkan, sekali gus membawa kepada penemuan jasad arwah pagi ini (semalam),” katanya.

Sementara itu, isteri arwah, Rosnah Supart, 45, ketika di temui di pekarangan Bilik Forensik HRPB semalam kelihatan sugul sambil menangis mengenangkan nasib menimpa suaminya.

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk menemubualnya gagal disebabkan masih sedih dengan apa yang berlaku.

Jenazah Jisfri disolatkan Masjid An-Nur, Batu 8, Ulu Kinta sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan selepas solat Jumaat, semalam.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Ipoh, Pegawai Bomba Tinggi, Zulkifli Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa kira-kira jam 8.50 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Bersediakah Malaysia untuk iPad LTE?

 

MINGGU lalu, Apple Inc (Apple) di bawah pentadbiran Ketua Pegawai Eksekutif barunya, Tim Cook melancarkan iPad baru generasi ketiga (iPad 3) yang jelas ujian kedua beliau apabila dikatakan gagal sebaik telefon pintar popular, iPhone 4s belum cukup memberi perhatian di kalangan pengkritik.
Kini, ujian kedua menyusul bagi Cook memperkenalkan iPad 3 apabila beliau masih dibayangi watak Steve Jobs yang dianggap belum mampu menerajui evolusi teknologi dalam Apple.

Walaupun selepas iPad 3 dikeluarkan, rata-rata mata masyarakat teknologi di luar belum melihat Cook sebagai Jobs II.

Ternyata, watak Cook masih boleh menghancurkan Apple, namun ia masih awal dan boleh diperbetulkan sebelum nasi menjadi bubur.

Apple masih mempunyai pasukan kejuruteraan yang hebat tapi ia masih menunggu auranya sampai, namun kali ini bukan pada iPad 3.

Memetik kata penganalisis, Trip Chowdhry suatu ketika dulu, pendirian Jobs yang benar-benar memastikan produk dikeluarkan bermutu adalah faktor memisahkan Apple daripada syarikat lain.

“Apple adalah Steve Jobs, Steve Jobs adalah Apple dan Steve Jobs mewakili inovasi. Anda boleh ajar bagaimana untuk jadi berkesan, upah perunding untuk lakukannya tetapi hanya Tuhan mencipta inovasi. Apple tanpa Steve Jobs tidak memberi apa-apa makna,” kata Chowdhry.

Persoalannya, latar belakang Cook yang mempunyai asas perniagaan berbanding teknologi sedikit mempengaruhi idea inovasi syarikat sejak puluhan tahun lalu.
iPad 3 Ujian Cook

Seperti yang dijangkakan, Apple masih belum memberi nama kepada iPad yang dikeluarkan apabila ia menggunakan terma ‘iPad baru’. Tapi bolehlah dipanggil iPad 3 kerana ia generasi ketiga iPad.

iPad 3 yang baru dilancarkan mempunyai dua ciri utama iaitu pacuan pemprosesan lebih berkuasa dan paparan resolusi lebih tinggi iaitu format Retina dibanggakan Apple sejak penggunaannya pada telefon pintar iPhone 4.

Skrin iPad 3 digambarkan sebagai paparan terbaik yang dilengkapi pada peranti mudah alih selain daripada kamera lima megapiksel dengan perakam video definisi tinggi.�

Lebih menghangatkan suasana ketika pelancarannya, Apple mengumumkan kesediaan rangkaian teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE) yang dilengkapkan pada tablet terbabit membolehkan peranti memindahkan data lebih pantas berbanding gajet terdahulu.

Ia petunjuk positif kepada Apple yang mengorak langkah mendahului pesaing lain berkaitan penggunaan rangkaian di dunia selepas era 3G.

Ketika pembentangan produk dilakukan, Apple berkata, model terbarunya itu didatangkan bersama penggunaan bateri melebihi 10 jam, namun ia berbeza sekiranya rangkaian LTE dipasang, tempohnya mungkin dianggarkan sembilan jam.

Hanya berita buruk berkaitan berat produk merunsingkan penggemar iPad apabila generasi baru ini memiliki berat 635 gram dan badan senipis 9.4 milimeter, lebih berat dan lebih tebal berbanding model sebelumnya.

iPad baru ini akan dijual pada harga sekitar RM1,599 yang akan berada di pasaran Amerika Syarikat, Perancis, Kanada dan Jerman dulu sebelum ia dipasarkan di negara lain termasuk Malaysia dalam tempoh sebulan selepas itu.

Tablet dengan memori 16GB dilengkapi Wi-Fi dan sambungan 4G pula akan dijual pada harga RM1,999 seunit manakala setoran 32 GB dan versi 64 GB termasuk Wi-Fi dan 4G, masing-masing kira-kira RM2,199 dan RM2,499.

Apple turut memperkenalkan aplikasi iPad yang dipertingkatkan yang berfungsi menyunting video atau menghasilkan sendiri muzik anda tidak kira di mana saja anda berada.

Aplikasi iPhoto yang baru dipasang membolehkan peranti itu menyunting foto dengan sentuhan yang lancar.

LTE dalam iPad 3

Agensi penyelidik, Juniper Research meramalkan jumlah pelanggan untuk rangkaian Evolusi Jangka Panjang (LTE) akan mencecah 24 juta pada 2012, hanya dua tahun selepas versi awal teknologi terbabit diuji.

LTE dijangka menjadi pengganti jangka panjang dalam industri jalur lebar mudah alih kerana ia menawarkan laluan migrasi dari teknologi 3G/HSPA yang sedia ada dengan lebih baik.

Setakat ini, syarikat telekomunikasi di Malaysia masih di peringkat permulaan pengenalan LTE, lebih tepat, hanya perjanjian persefahaman (MoU) berkaitan rangkaian saja dimeterai namun prasarananya masih belum kelihatan.

Jadi, apabila iPad 3 dikeluarkan nanti, ia belum cukup mantap untuk digunakan secara bersepadu yang menggusarkan pengguna di negara ini.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 14 March 2012

-----> Lawak Cerita Sedih <-------

 

klik sini utk sumbangan
klik sini juga
thanks 
Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.


si A : Macamana ni rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje..kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak..kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa,biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita.


si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku..aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku.bla bla bla bla bla..


Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh..sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata..kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita.


si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya..aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang..bla bla bla bla


Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih.punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk


si C : Alaaaaaa..korang punya cerita tak sedih lagi,,cerita aku lagi sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke?
si C : emmmm..mungkin hari ini dalam sejarah
si B : cerita aje le..kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana..KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA. UWAAAAAA

Moral of the story...jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday 13 March 2012

Sayang A-w-a-k !

 




klik sini utk sumbangan
klik sini jugak
thanks..

Anak Itik Anak Biawak .
Saya Suke Kat Awak .

Dlm Longkang Ada Ikan Puyu .
♥ I LOVE U ♥
...
Lepak Sungai Tgkp Katak .
Awak Rindu Saya x ? ?

Main Lumpur Tepi Paya .
Awak Syg Saya ? ?

Lepak2 Mkn Mee .
U Miss Me ?

Hari Jadi Disambut Sakan .
Awak Syg Saya Kan ? ?

Main Pasir Baling Batu .
Nape Senyum-2 Tu ? ?

Sy Suka Buah Pulasan .
Harap Awak Jgn Perasan ! ,

SEKIAN - ♥

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 12 March 2012

--Cerita Sedih Nadia SudahTiada--

 

Sebuah cerita yang boleh dikongsi bersama sebagai pedoman dan panduan bersama, terutamanya bagi anda diluar sana yang belum berkahwin.

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..

... OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..



Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single..

Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt..

Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku..

Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku..

Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu..

Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn...

Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....

~kita akan lebih menghargai seseorang bila kita dah kehilangan dia.sy pernah terbaca komen seseorang di fb..."jgn tinggalkan org yg syg kita sbb org yg kita syg"...menarik kan??kita akan lebih bahagia bila kita bersama org yg syg pd kita berbanding jika kita bersama dgn org yg kita syg.sbb org yg kita syg belum tentu menyayangi kita seikhlas hatinya.sifat saling mempercayai,setia,jujur,saling
menghormati amat penting dlm relationship.bila ada yg syg,hargai dia setulusnya.jgn menyesal kemudian hari...~

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday 10 March 2012

-----> Kerana Mulut Badan Binasa

 




klik sini untuk beri sumbangan..
Begitulah kata pepatah memang benar ianya terjadi "Kerana Mulut Badan Binasa"
hari ini wal ingin kongsikan sebuah cerita benar terjadi disekeliling kawasan
perumahan wal..Terdapat sebuah pasangan ini ianya sudah berkahwin
selama 10 tahun tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.Pasangan
tersebut masing-masing menuduh kata lelaki: awaklah puncanya kita
tak dapat anak selepas itu isteri pula berkata ini semua abanglah punya 
angkara abang mandul kan? Masing-masing saling menuduh antara satu 
sama lain.Pasangan tersebut pergilah memeriksa tahap kesihatan diorang
doktor cakap everything is okey diorang terkejut hah? tapi kenapa
sampai sekarang tidak mengurniakan cahaya mata?
Inilah jawapanya ianya bermula daripada mulut si isteri ini
maklumah perempuan kan! mulut dia memang mengalahkan Ustazah
Bahiyah [Semanis Kurma] segalanya tidak betul apa yang
orang sekeliling lakukan segalanya tidak kena..Si isteri ini suka membawa
cerita seluruh taman dan juga termasuk keluarga si isteri 
contoh perbuatan: anak baru lahir si isteri ini pergi melawat 
beliau mengata macam-macam woi minah asal anak engkau ni gelap,
hodoh dan macam-macam segalanya tidak kena lah..
Kalau time masak atau makan beliau selalu persoalkan engkau
ni dah xtahu masak pasto anak pula pemalas dan sebagainya...
Begitulah cerita yg wal ringkaskan dan akhirnya beliau menangis
dan menyesal ke atas perbuatan yang dilakukan..

p/s kerana mulut badan binasa! Allah balaz cash sekarang ini...
wslm..




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday 9 March 2012

Buang Ibu di Hotel Bajet !

 

KESEORANGAN...Faridah yang ditinggalkan anaknya. KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.


Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.

untuk melihat keterangan dan video klik sini

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 8 March 2012

Pen Merah Pen biru ♥

 

Pen merah pen biru ,♥
Makin marah makin syg you.♥

Pen merah rOsak mata ,♥
X taw mcm mane nk kata. ♥

Pen biru habis dakwat ,♥
I miss you sgt2. ♥

Pen merah dakwat tumpah ,♥
ye la I berani sumpah. ♥

Pen hitam buat ganti ,♥
I taw you pun ada hati. ♥

Pen hitam zaman dahulu ,♥
Cakap jew jgn malu2. ♥

Pen hitam xleh tekan ,♥
ala you pun syg I kan. ♥

Pen biru selalu hilang ,♥
I MiSS U SO MUCH syg ♥

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Mohd Syawal