Kaki Online kaki Online: Upin & Ipin Kelima Popular

jom terjah entry minggu Ini

Saturday 10 December 2011

Upin & Ipin Kelima Popular


KUALA LUMPUR – Siri kartun popular tempatan terbitan Les’ Copaque Production, Upin & Ipin mencatat satu lagi sejarah apabila dikategorikan sebagai siri televisyen yang kelima paling popular di dunia seperti yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook semalam.
Menurut wakil Les’ Copaque Production, Mohd. Zarin Abd. Karim, pihak Facebook telah mengeluarkan ranking Fastest Growing Pages and Most Popular Media In 2001 dan Upin & Ipin telah mendapat tempat ke-5 di dalam kategori Fictional Characters sebaris dengan watak-watak antarabangsa yang lain seperti Mr Bean, Doraemon dan Sponge Bob.
“Kejayaan ini membuktikan watak Upin & Ipin sangat diminati dan telah berjaya menarik peminat dari pelbagai negara. Amat membanggakan juga, Upin & Ipin merupakan satu-satunya produk keluaran Malaysia yang disenaraikan di dalam carta ini.
“Link rasmi Facebook yang telah mengeluarkan kenyataan itu ialah https://www.facebook.com/facebook?sk=app_271705986210152


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 comments:

  1. majulah upin ipin, untuk negara...weeeeee...

    ReplyDelete
  2. aku bangge jadi rakyat malaysia...dan bangge ngaku kuat tengok upin ipin

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Mohd Syawal