Kaki Online kaki Online

jom terjah entry minggu Ini

Monday, 16 July 2012

Justin Bieber memiliki Persona



SAYA bertuah kerana mempunyai peminat yang begitu menyokong kerjaya seni dan tidak sekali berundur untuk memberikan jeritan setiap kali saya muncul. Itulah rahsia saya kekal bersemangat dan terus bertenaga untuk memberikan yang terbaik.
“Inilah pengalaman paling indah terutamanya kembali ke Malaysia untuk bertemu peminat di sini yang sememangnya penuh tenaga. Saya sayang peminat di Malaysia,” kata bintang muda terkenal, Justin Bieber ketika bertemu Harian Metro secara eksklusif petang Sabtu lalu.


  • HEBAT...aksi menarik Bieber yang dijulang penari ketika persembahan.
  • Foto
  • Foto
  • Foto
  • Foto
  • FotoFANATIK...antara peminat bertuah yang berpeluang menyaksikan persembahan Bieber.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Baby dan Boyfriend itu hadir ke Malaysia selama dua hari bagi memeriahkan lagi sambutan MTV World Stage 2012 di Sunway Surf Beach.

Kali kedua berada di Kuala Lumpur, fenomena Justin Bieber masih sama malah makin luar biasa apabila lebih lima belas ribu peminat berhimpun menyaksikan persembahannya.


Tidak hanya itu, kehadirannya kali ini lebih mengundang fanatik dikalangan peminat apabila bintang terkenal berusia 18 tahun itu berada di ibu kota sehari lebih awal memberi lebih masa buatnya bersiar-siar dan berhibur di sekitar Kuala Lumpur.

Meskipun masih membawa teman wanitanya juga penyanyi jelita, Salena Gomez, peminat bagai histeria sebaik mengetahui Bieber sudah tiba di Malaysia.

Menerusi twitter milik Bieber juga penganjur, MTV Malaysia, peminat tidak henti bertanya di mana lokasi bintang kegemaran mereka itu.

Menurut bintang kacak ini lagi, peminat di Malaysia jauh berbeza berbanding dari yang lain kerana mereka lebih gemar menjerit tanpa henti.

“Saya memang akan melayan peminat di twitter jika ada kelapangan sentiasa berkongsi apa-apa saja bersama mereka kerana itu adalah medium terbaik untuk mendekatkan diri dengan peminat. Pesanan yang saya terima dari mereka di twitter cukup membina dan memberi motivasi serta inspirasi.

“Malaysia umpamanya antara negara yang banyak menyokong kerjaya saya. Lantas saya sudah mengaturkan beberapa aktiviti yang akan membolehkan mereka untuk mendekati saya. Antaranya sesi bertemu peminat yang saya lakukan di majlis sidang media dan menghiburkan mereka dalam sebuah persembahan akustik yang istimewa.

“Kelakarnya mengenai peminat di sini, mereka akan menjerit walaupun ketika saya menyanyi. Tapi itulah kemeriahan yang ada dan saya sebagai penyanyi sentiasa menghargainya,” katanya yang diiktiraf sebagai artis yang paling bijak menggunakan medium laman sosial di Anugerah Billboard 2012 baru-baru ini.

Bieber sempat melayan peminat setianya di majlis sidang media pada petang Sabtu lalu dan berpeluang mendendangkan enam lagu secara akustik.

Malah, lebih menariknya, Bieber membuka ruang kepada peminat untuk bertanyakan soalan.

MTV World Stage 2012 pula, Bieber diletakkan sebagai pembuka tirai. Mula menggegarkan pentas seawal jam 6.35 petang dengan lagu yang memperkenalkan namanya, Baby dan kemudiannya Around The World, Bieber jelas mengubat kerinduan peminat.

Single baru dari album Believe berjudul As Long As You Love Me dinyanyikan sebelum konsep persembahannya ditukar kepada akustik. Hanya diiringi petikan gitar, Bieber menonjolkan permainan vokal menerusi lagu Die In My Arm, Be Alright dan One Time.

Bieber yang lincah menari dan begitu bertenaga sempat menyanyikan lagu Never Say Never sebelum mengakhiri persembahannya dengan lagu terbarunya, Boyfriend.

Hakikatnya, bintang muda terkenal ini tidak hanya bersandar pada wajah dan populariti sebaliknya dia punya kekuatan vokal yang mampu dibanggakan selain pesona yang cukup besar sebagai seorang anak seni.



Fenomena Bieber

  • Albumnya terjual lebih 15 juta unit termasuk tujuh juta daripadanya di luar Amerika Syarikat.
  • Album terbarunya, Believe berjaya tercatat nombor satu di lebih 30 buah negara.
  • Ruangan sosial twitter miliknya mempunyai lebih 24 juta pengikut sekali gus meletakkannya artis lelaki paling ramai jumlah pengikut di twitter.
  • Seramai lebih 42 juta peminat menjadi sahabatnya di ruangan peribadi facebook miliknya.
  • Tersenarai sebagai artis yang paling ramai videonya dilayari di You Tube iaitu melebihi 2.7 bilion termasuk single pertamanya, Baby yang ditonton melebihi 730 juta pelayar.
  • Video lagu terbarunya, Boyfriend memecah rekod apabila ditonton lebih lapan juta pada hari pertamanya dan kini sudah melebihi 50 juta pelayar.
  • Bieber disenaraikan artis paling berjaya apabila tiket kesemua 118 lokasi konsertnya seluruh dunia habis dijual.
  • Hampir separuh daripada penonton di MTV World Stage malam Sabtu lalu datang untuk menyaksikan Bieber hingga hampir kesemua mereka turut pulang sebaik Bieber tamat mengadakan persembahan.

  • Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

    Saturday, 23 June 2012

    Coretan IdupKu Cinta



    Kadang-kadang Allah pertemukan kita dgn org yg slah dan tidak ssuai dgn kita kan?Aku syg gler dekat norsyahrain ttpi sikap kami byak persamaan hnya sikit klainan ttpi sdkit klainan itu lah yg buat kami rjin bertengkar dan gdoh sdgkn perkara yg kami buat hnyalah kcil Cuma disebbkn  persahaman kmi lah yg buat ak dgn dy asyik gdoh ta tntu sebb hmm.. sriusly ak stia,syg dn trma dy ikhls seadanya hanya Allah yg mgthui sglanya ap isi hti aku nie.. hmm tp rmbut sma hitam sikap lain kn? Ak ta leyh lpkan dy lgsg wlpon kami hnya cuti 2 hari then dy blik umh dy aku rsa lain sgt sdgkn dy taw at apa pons kat aku…. Myb disebbkn ak terllu syg at dy lah ak ttlu dy sgt2.. Ya Allah bglah pluag dn ruag utk sy berubh utk mjd lbih baik amin…semoga Allah bg hbgan kami nie kekal dn bhgia walpon tpksa hdpi dgaan dn cbran mmglh lmrah khdupn mmg byk hlgan yg prlu kita hdpi kn? Insyallah ak kuat hdpi smua nie ….. kerna sknk ak daa mla bljr bersbr dn sbr dgn lbih lg utk mgelk pkra yg tdk diingni blku sprti gdo dn sbgainya lah ak dah mla dpt kwal dri ak yg ta sbr dn cpt mra mkin kurglh alhdunillah berkt dgn ksbrn aku nie…thanks Allah smuanya smkin baik dn mkin ddik dri aku nie agr lbih sbr hdpi smuanya.. tapi knpa ea Allah sllu uji hmbnya? Sebb dy nak kita bljr bnda baik dn cba pbaiki kita kn? Ak sbr hdpi smua nie krna ak sgt mcntai norsyahrain stlus hti aku.. hnya Allah twu krna bg ak ain terbaik dn pnah pmpuan knal smunya different lah yg ad pd ain lbih baik drp pmpuan yg pnah aku knal sblum nie kmi sllu gdo krna msig2 ad ego dn keinginn utk dipjuk tp disebbkn pgai kmi byak prsmaan so tme mjok ak lah tpksa mglh bcuse iloveu ain ….lg 1 sblum brkhir smuanya ak nie mmg seorg sikap kuat jelezs means cmbru thap gban hahaha plik kan? Tp korg twu kn cmbru mksodnya syg kn? So ak kuat cmbru pons ta slah ann? Huhu hope2 aku updte blog nie ad org jwb soaln ak yg ta sbrapa nie …Finally,  Okeyh daa pjg lbar ak type nie just na share utk blogger dn pmbca stia blog ak thanks…

    Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

     
    Copyright © . All Right Reserved by Mohd Syawal