Kaki Online kaki Online

jom terjah entry minggu Ini

Monday, 23 April 2012

Kisah sepotong roti penebus DOSA


Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti."

Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan.

Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.

Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.


Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.

Rupanya di sebelah pondok tersebut hidup seorang pendita yang pada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sebuku roti.

Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membahagi-bahagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.

Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: "Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku."

Orang yang membahagikan roti itu menjawab: "Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti."

Mendengar ungkapan dari orang yang membahagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam.

Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam.

Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

Kepada anaknya Abu Musa berkata: "Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!"

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 22 April 2012

Takdir Cinta




boy : awk...maafkan sy..
girl : ye....kenapa awk minta maaf?
boy: sbb sy dah tinggalkan awk..sy dah sakitkan hati awk...sy korbankan cinta awk
demi cinta org yg lukakan hati sy dulu...maafkan sy...please...
girl : :)
boy : kenapa awk senyum...kenapa diam je... awk maafkan sy?
girl : yeee...sy maafkan awk...
boy: betul?
girl : betul...dh lama dh sy maafkan awk...tapi...
boy : tapi ape?
girl : tapi....tidak mungkin sy menerima awk lagi...sebab semalam awk tinggalkan
sy tanpa kasihan..tanpa mempedulikan sy...tanpa menghargai hati sy...demi
org yg awk cintai... dulu...sy pernah ubati luka awk...sy rawat awk...sy beri
cinta dan kasih syg sy unt awk...sampailah awk sembuh..lepas tu...awk dah
kembali ceria...tapi "virus" itu dtg lagi......awk buang ubat awk...awk rela
diserang virus tu lg...sekarang....awk sakit lg.....dan hari ni awk mula
memerlukan ubat itu...awk igt x...awk dh buang ubat tu...dan x mungkin awk
akn mjumpai ubat y same...carilah ubat lain...kerana x mustahil jika awk
sembuh lg dengan ubat y same...awk akan buang lg ubat tu... ;')
boy: awk....
girl : itulah namanya...TAKDIR CINTA... assalamualaikum.... :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Mohd Syawal