Kaki Online kaki Online

jom terjah entry minggu Ini

Wednesday, 4 April 2012

Mengapa Wanita memerlukan Lelaki <---


Twist the plot!

klik sini
LELAKI YANG BAIK itu ada di mana-mana, tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak..

tetapi lelaki yang baik, jika Allah mahukan dia MENEMANI kita sepanjang hayat, MEMBIMBING kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, MENDIDIK, membuka jalan agar kita dapat memperdalamkan SELOK BELOK AGAMA yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita ZURIAT YANG HALAL lagi dirahmatiNya..

Dia akan DATANG apabila tiba masanya..LAMBAT ATAU CEPAT, maafkan saya kerana Allah yang LEBIH MENGETAHUI..kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti MANUSIA KUDUNG yang diberikan semula sebelah kakinya, dia MENYEMPURNAKAN kita..apabila kita mempersilakan seorang lelaki DUDUK di samping kita untuk sepanjang hayat, bermakna kita secara langsung juga mempersilakan sekian MASALAHNYA berbaring di bahu kita..

Lelaki memang mendatangkan BAHAGIA..tetapi lelaki juga mendatangkan SENGSARA..namun jika kita BIJAK menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja..itulah adat dalam perhubungan, yang buruk-buruk pasti ada..barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar JODOH BERKEKALAN ke hari tua, dan hingga ke akhirat sana..

♥ Saling bergantung, mencari TEMPAT BERPAUT kala suka dan duka ♥
 
terima kasih sudi baca klik sini

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 3 April 2012

Bersabar jika dirimu Dicaci



klik sini :)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawaban itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Nabi s.a.w menjawab: Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan; oleh kerana itu aku meninggalkan kamu.
(Hadith Riwayat Ahmad)

...........................

Siapa lah kita yang mahu mencaci ciptaan Allah? Sebanyak mana keburukan dan kesalahan mereka yang kita ketahui, Allah lebih mengetahui. Walaupun sebanyak buih di laut, keampunan dan kasih sayang Allah jauh lebih luas daripada itu.

Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita yang telah lalu dan marilah kita bertaubat dan bertekad tidak akan mencaci sesama kita lagi.
klik sini terima kasih :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Mohd Syawal