Kaki Online kaki Online

jom terjah entry minggu Ini

Wednesday, 25 April 2012

cerita lawak


Daud sedang di interview di sebuah syarikat :

Pegawai : Nama saudara siapa ?

Daud : “Daud…”

Pegawai : “Cuba ceritakan tentang keluarga saudara !!…

Daud : “Saya 2 beradik.. adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Perak.. Nenek dan Datok saya dari belah ayah tinggal di Perlis… Nenek dan Datuk dari belah Ibu pula tinggal di Johor.. Bapak saudara dan mak saudara semua tinggal di Melaka..

Pegawai : “Apakan saudara boleh berbahasa ingeris ?

Daud : “Yes .. sir … “

Pegawai : “now tell me about your family in English !!… “

Daud : “Sorry sir .. i don’t have family in English … they’re all living in malaysia!!

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 24 April 2012

Siapa tak ingin buat Dosa?






Satu ketika, seorang alim pernah ditanya. “Apakah tuan tidak teringin untuk melakukan dosa?”
“Siapa yang tidak teringin berbuat dosa? Boleh bermalas-malas ketika waktu solat sudah tiba, boleh berseronok dengan perempuan yang bukan hak milik kita, boleh makan tak kira halal haramnya asalkan sedap menjamu selera. Semua itu menyeronokkan, “jawap orang alim itu.
“Kalau begitu, mengapa tuan menahan diri daripada semua keseronokan tersebut?.
“Perumpamaannya beginilah.. Wahai anak muda... Saya pergi ke sebuat restoran ternama, terkenal dan sedap semua masakannya. Nafsu saya meronta-ronta hendak makan semua makanan di situ. Ada ikan besar, udang besar, sotong besar, kambing panggang besar dan banyak lagi semuanya besar. Tapi malangnya saya tak mampu nak bayar.”


“Maksudnya?”
“Maksudnya, atas dunia ni kalau nak, saya boleh saja buat seberapa banyak dosa sesuka hati kita. Saya boleh saja berseronok setiap masa selagi dunia belum kiamat. Tapi saya bimbang dan takut kelak nanti saya tak mampu nak bayar harga semua dosa itu di akhirat nanti. Dengan apa saya nak bayar jika tak ada amalan atau terlalu sedikit amalan berbanding dosa yang saya lakukan?”
Maka fahamlah lelaki itu yang bertanya pada orang alim tersebut. Seboleh-bolehnya, sesiapa pun mahu hidup berseronok di atas dunia. Tetapi tiada siapa pun yang mampu untuk membayar segunung dosa-dosanya, ketika hidupnya bergelumang noda dan dosa di atas dunia yang hanya sementara.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Mohd Syawal